SEJAK semalam, media sosial dihujani pelbagai tohmahan negatif dari kalangan netizen mengenai isu kuarantin di rumah namun tidak memakai gelang pink.

Ia tercetus sejurus selepas rakaman secara langsung yang menunjukkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak memakai gelang pink ketika bersiaran.

Namun, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini berkata, ia adalah atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana tidak perlu memakai gelang pengawasan kerana hanya menjalani kuarantin kendiri.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM, Perdana Menteri dinasihatkan agar menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri di rumah selama 14 hari dengan menggunakan home assessement tool dalam aplikasi MySejahtera.,” jelasnya.

Sementara itu, bagi yang belum faham konsep kuarantin kendiri di rumah, boleh hadam perkongsian seorang doktor ini yang turut tampil memberikan penjelasan kepada masyarakat.

Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata sebenarnya ramai yang tak faham atau tak ambil peduli.

Tulisnya:

Jika proses kuarantin di rumah tidak dipatuhi, inilah yang menyebabkan kenaikan kes mendadak terutama di kalangan mereka yang berjawatan tinggi dan kerap menghadiri acara yang melibatkan sejumlah orang.

Selain daripada itu, jika si Ayah gagal mematuhi arahan kuarantin, risiko anak-anak dan pasangan membawa jangkitan ke sekolah dan tempat kerja sangat tinggi.

Ingat Covid-19 berantai, jadi putuskan rantaian tersebut. Hanya kita mampu mengubah takdir pandemik di negara ini.

Artikel berkaitan: Hati-hati takut terbeli kereta ‘klon’, media sosial jadi medan pengiklanan!

Saya bagi dua situasi berbeza untuk kefahaman semua:

1) Si ayah kini menjadi kontak/PUS (person under surveillance) tetapi isi rumah yang lain tidak terlibat

– Si ayah perlu menjalani proses kuarantin di BILIK BERASINGAN DENGAN AHLI KELUARGA YANG LAIN!!

– Ini kerana ahli keluarga yang lain perlu dilindungi dan mereka bukan sebahagian daripada kontak atau PUS

– Kuarantin di bilik bermaksud tiada percampuran rapat dengan ahli keluarga sama ada makan/bersembang bersama kecuali mampu menjaga jarak yang ditetapkan, pakai mask
dan tiada sentuhan. Jika tak mampu lakukan ini, duduk di bilik sendiri, tunggu makanan dihidang oleh ahli keluarga

– Si ayah tidak dibenarkan meninggalkan rumah dan gelang pink hanya boleh dicabut dengan izin/kebenaran warga kesihatan

Iklan

– Tempoh kuarantin bagi kontak rapat adalah selama 14 hari dari tarikh akhir pertemuan. Jika PUS dari kawasan berisiko tinggi, tempoh 14 hari adalah yang terbaik.

***

2) Seluruh ahli keluarga menjadi kontak/PUS dari kluster yang sama

– Mereka boleh duduk dalam rumah yang sama, makan bersama tetapi masih digalakkan untuk menjaga jarak, mask dan hand hygiene kerana salah seorang daripada mereka mungkin boleh positif.

– Mereka semua dilarang keluar rumah untuk apa tujuan sekalipun

Iklan

– Gelang pink hanya ditanggalkan dengan izin warga kesihatan

INGAT! Kuarantin di rumah bukan bermakna anda boleh menerima kunjungan orang luar atau berpesta.

Selama tempoh ini, TIADA PELAWAT DIBENARKAN SEHINGGA TAMAT TEMPOH KUARANTIN.

Sahabat, jiran tetangga, saudara mara ambil tahu dan ambil peduli. Bukan mengasing, tapi kita berusaha memutuskan rantaian Covid-19!