APABILA melalui perjalanan jauh, ada antara kita yang akan berhenti di mana-mana hentian rehat atau di tepi jalan untuk melelapkan mata apabila terasa letih.

Jika mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, hati-hati kerana ia boleh membawa maut.

Seperti yang terjadi kepada seorang remaja berusia 18 tahun ditemukan maut dalam kereta Proton Satria miliknya yang di parkir di hadapan sebuah kedai perabot di Ketereh, Kota Bharu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berikut keterangan mengenai kejadiannya;

1. Polis menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa remaja berusia 18 tahun itu pada jam 10.05 pagi.

2. Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

3. Pemeriksaan awal mendapati mangsa berada di tempat pemandu dalam keadaan berbaring dan tempat duduknya direndahkan ke bawah.

4. Semasa ditemukan mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang kesan pecah pada kereta remaja berkenaan.

5. Pemeriksaan juga mendapati ketika kejadian kereta tidak berkunci dan semua barangan mangsa berada di sampingnya.

6. Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada apa-apa kesan luka atau unsur jenayah. Mayat remaja berkenaan kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

7. Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan pada paru-paru yang disyaki kesan terhidu gas di dalam kereta.

Selain itu, Mohd Rosdi berpesan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Ketereh.

Baca juga Menangis di hadapan Kaabah, Siti Nurhaliza rindu jadi ‘orang biasa’

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Iklan

Sementara itu, ini fakta yang perlu diketahui jika kita tidur dalam kereta;

1. Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.

2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

Iklan

4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Sebaiknya, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.