SEDIH bila melihat kucing yang diserang penyakit yang menyerang secara tiba-tiba dan mengejut seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai ZiqMan is limit@haziqaiman.

Video berdurasi 33 saat itu sehingga kini meraih 168.8 ribu tontonan dan rata-rata warganet turut bersedih malahan ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan kucing tersebut diserang penyakit sawan atau nama saintifiknya seizure.

Punca berlaku sawan

Kebanyakan sawan yang terjadi kepada kucing adalah disebabkan oleh gangguan saraf yang menyerang otak. Ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk pendarahan.

Sawan juga terbahagi kepada dua iaitu sawan tunggal atau sawan berpanjangan.

Seperti sawan tunggal, kebiasannya ia berlaku hanya seketika dan dalam jangka masa yang pendek. Manakala sawan yang berpanjangan pula terjadi beberapa minggu atau bulan.

Terdapat juga sawan yang berlaku secara spontan tanpa punca yang jelas. Kedua-dua ini adalah satu bentuk epilepsi.

Sebelum rancang untuk bawa si bulus naik kereta, ikut 7 tip mudah ni

Sawan selalunya bermula dengan kucing rebah ke tanah, jadi keras dan mula menyerang dengan pengecutan otot yang tidak dapat dikawal.

Kelihatan seperti kucing terketar-ketar, kaki terkayuh-kayuh, mengetap rahang dan pergerakan yang sama berulang-ulang.

Kucing tersebut juga mungkin terkencing dan membuang najis sewaktu terjadinya sawan. kebiasaannya sawan menyerang selama kurang dari dua minit.

Kadangkala kucing akan menunjukkan perubahan tingkahlaku sebelum terjadinya sawan. Ini dipanggil aura atau tingkahlaku praktikal seperti resah, melolong-lolong atau muntah-muntah.

Selepas sawan (pos-iktal), kucing tersebut akan jadi celaru, mungkin lumpuh seketika, kelihatan seperti buta, muntah atau menunjukkan perubahan tingkahlaku yang lain.

Perubahan ini selalunya sekejap sahaja walaupun kadangkala mengambil masa beberapa hari sebelum kucing korang kembali normal.

Penjagaan segera

Apabila kucing korang sedang mengalami sawan, perkara penting adalah mengelakkan daripada ia menyakiti dirinya sendiri.

Iklan

Kebanyakan sawan terjadi hanya beberapa minit sahaja. Ini bermakna sawan tersebut mungkin sudah berakhir sebelum ia sempat dibawa ke veterinar. Namun, kucing tersebut masih perlu pemeriksaan dari veterinar.

Jika ia menyerang, apa yang perlu lakukan adalah bertenang!

Perlu diingat, kucing yang diserang sawan tidak akan sedarkan diri dan melakukan pergerakan yang tidak dapat dikawal termasuklah mengetap rahangnya. Berhati-hati supaya tidak digigit atau dicakar.

Jika boleh alihkan kucing ke tempat yang selamat. Jauh dari tangga, perabot dan sebagainya.

Apabila sawan sudah berhenti kucing korang mungkin celaru dan mungkin tidak mengenali tuannya. Kucing tersebut juga berkemungkinan menyerang korang atau lari bersembunyi.

Iklan

Jika sawan kucing tidak berhenti dalam tempoh jangka masa yang panjang, ia perlu segera dibawa ke veterina untuk mendapatkan rawatan susulan.

Semoga bermanfaat!

Sumber : themamamiaow.com