Kucing sangat gemar dengan kotak, ini sebabnya
TIDAK dapat dinafikan lagi, kucing adalah antara haiwan paling popular menjadi pilihan untuk dipelihara oleh ramai orang di rumah.
Tidak kira yang berkeluarga mahupun bujang, ia menjadi pilihan ramai bukan hanya disebabkan comel tetapi sifatnya yang manja dan suka dibelai pasti mampu membuatkan siapa sahaja akan ‘cair’.
Tapi, korang perasan tak, kucing sangat gemar dengan kotak? Tidak kira besar atau kecil sehinggakan jika kotak sebesar kotak kasut sekali pun jika ada pasti kucing akan bermain dengannya dan juga tidur di dalam kotak tersebut. Tak percaya? Korang boleh cuba.
Namun, persoalannya, mengapa mereka gemar dengan kotak? Adakah secara kebetulan atau sebaliknya? Sebenarnya situasi tersebut ada jawapannya.
Memetik kepada portal merdeka.com, pakar biologi dan dan juga doktor haiwan ada penjelasannya. Kajian juga pernah dibuat dan beberapa keputusan awal telah diambil antaranya seperti:
1. Kotak buat kucing rasa selamat
Kucing merupakan spesis haiwan pemburu. Naluri memburu yang dimiliki oleh kucing diimbangi dengan naluri ingin berasa selamat.
Kotak pula mempunyai ruang tertutup yang dianggap mampu membuat si kucing berasa selamat daripada sebarang ancaman.
2. Kotak tempat tidur selesa
Menurut beberapa kajian yang dibuat, kucing mampu tidur sehingga 18 jam sehari. Untuk memenuhi rasa ngantuknya, kucing perlu mencari tempat tidur yang terbaik.
Dengan adanya kotak bertekstur empuk dan hangat, pasti kucing akan tidur dengan nyenyak dan mungkin tidak mahu bangun!
3. Kotak kurangkan tekanan
Sama seperti manusia, kucing juga mengalami pelbagai peringkat tekanan. Banyak faktor yang menjadi punca tekanan pada kucing.
Namun, ia tidak seperti manusia, kucing tidak berupaya menangani tekanan dan konflik mereka. Disebabkan itu, reaksi pertama kucing apabila berasa tertekan adalah berlari menyembunyikan diri.
Maka, kotak boleh menjadi tempat yang tepat untuk kucing-kucing berlindung apabila mereka berasa tertekan.
4. Kotak bantu kucing sesuaikan diri
Pada tahun 2014, sebuah pasukan pengkaji dari Universiti Ultrecht membandingkan antara kucing yang hidup dalam persekitaran baru yang mana disediakan kotak dengan kucing yang hidup dalam suasana baru tetapi tiada kotak.
Mereka mendapati kucing yang hidup dalam persekitaran baru yang menyediakan kotak dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah berbanding persekitaran baru tanpa kotak, menurut kajian tersebut.
5. Kucing suka tekstur kotak
Mungkin para pemilik kucing pernah menyaksikan bagaimana kucing mereka mencakar-cakar atau menggigit permukaan kotak.
Sebagai haiwan pemburu, penting bagi kucing untuk mengasah kuku dan giginya.
Dengan adanya kotak, kucing akan mejadikan ia ‘port’untuk menajamkan kuku dan taringnya.
Langkah memberikan kotak kepada kucing mungkin nampak remeh tetapi besar manfaatnya bagi tumbesaran (pertumbuhan) kucing kesayangan.
Ia secara tidak langsung akan membuatkan kucing rasa selesa dan senang ketika di rumah.
Jadi, jika korang ada pelihara si bulus di rumah apa kata cuba ‘teknik kotak’ ini. Tak makan modal sangat pun. Cuma sebuah kotak! Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang