Kuota 35,000, permohonan lesen percuma program MyLesen B2 2024 kini dibuka. Mohon sekarang!

AYUH rebut peluang untuk memohon lesen motosikal (B2) percuma program MyLesen B2 2024 yang kini dibuka untuk orang ramai.

Program itu merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

Impak program;

1. Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2.

2. Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.

3. Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

Baca juga Senangnya! Renew lesen memandu secara online, tak perlu beratur panjang di kaunter

KUOTA 35,000 PESERTA !!!

Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
  • Sihat fizikal dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM

Menurut Facebook Jabatan Pengangkuatan Jalan (JPJ), sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat e-mel mylesenb2@jpj.gov.my

Borang pendaftaran;

Untuk mendaftar, sila scan QR code dalam poster di bawah atau muat turun borang manual melalui pautan yang disediakan:

Terdahulu Untuk membantu keluarga yang kurang mampu, kerajaan telah mengambil langkah komited dan konsisten untuk menyediakan lesen percuma 2024, motosikal kelas B2.

Iklan

Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan mobiliti dan peluang pekerjaan bagi golongan yang memerlukan.

Selain lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi turut ditawarkan, bayaran ujian memandu akan ditanggung oleh kerajaan.

Baca juga JPJ laksana ujian lesen memandu ‘e-Testing’ seluruh negara bermula April ini

Demikian keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu golongan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan tersebut bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!