Senangnya! Renew lesen memandu secara online, tak perlu beratur panjang di kaunter

A
A
A

BAGI memudahkan urusan memperbaharui lesen memandu kini korang boleh melakukannya secara online melalui Portal MySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mungkin ada kalangan kita tidak mengetahui pelbagai kemudahan ditawarkan di portal JPJ Online @mySIKAP .

Melalui portal tersebut kita bukan sahaja berpeluang perbaharui lesen JPJ, malah boleh melakukan bermacam-macam transaksi secara online melibatkan kenderaan, motor dan pelesenan pemandu.

Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut:

1. Kenderaan

Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperoleh pek maklumat kenderaan.

2. Lesen memandu

Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP dan permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh.

3. Kesalahan dan penalti

Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.

Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.

4. Pengurusan profil

Pengemaskinian butir-butir peribadi dan menukar kata laluan.

5. Perkhidmatan lain

Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.

Selain itu, terdapat banyak manfaat apabila korang mendaftar sebagai pengguna MySIKAP.

Cara daftar MySIKAP untuk pengguna kali pertama:

Terdapat dua jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.

1. eID Standard

  • Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar.
  • Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

2. eID Advance

  • Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan.
  • PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
  • Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

Tapi jangan risau, setakat urusan yang biasa-biasa contohnya nak renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor) atau tempah no plat kenderaan (nombor pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.

Senangnya! Renew lesen memandu secara online, tak perlu beratur panjang di kaunter

Langkah-langkah pendaftaran:

  1. Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  2. Isikan butiran yang bertanda * sahaja
  3. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  4. Klik Teruskan
  5. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  6. Klik Teruskan.
  7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
  8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Pengguna yang telah berjaya mendaftarkan (untuk pendaftaran peribadi) atau mengesahkan (untuk pendaftaran syarikat) profilnya di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.

Kita bolehlah gunakan maklumat ini untuk login ke laman web JPJ online.

Baca juga Selangkah saja warga Selangor dapat saringan Covid-19 percuma! Tunggu apa lagi

Langkah-langkah login kali pertama:

  • Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  • Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
  • Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
  • Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
  • Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
  • Klik Simpan. Selesai.

Selepas itu, bolehlah kita renew lesen JPJ online, renew roadtax, check saman dan sebagainya melalui portal tanpa perlu ke kaunter lagi. Mudah bukan?

Semoga bermanfaat!

Sumber: harianpost

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca