Kutipan filem Mael Totey catat sejarah kalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah

Kutipan filem Mael Totey catat sejarah kalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah
Kutipan filem Mael Totey catat sejarah kalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah
A
A
A

SELEPAS berjaya meraih RM2.56 juta dalam tempoh empat hari tayangan, kini Mael Totey The Movie (MTTM) dilapor mencatat sejarah baharu apabila kutipan terkini mencecah RM6.4 juta.

Perkara tersebut juga diumumkan menerusi rancangan Gegar Vaganza yang dihoskan oleh pengacara, Jihan Muse dan Nabil Ahmad malam tadi.

Difahamkan juga jumlah kutipan MTTM diperoleh dalam tempoh 23 hari sejak mula ditayangkan pada 22 Oktober lalu menerusi Astro First.

Lebih menarik apabila ia sekali gus mencatat sejarah filem nombor satu terlaris memecah rekod filem box office Polis Evo dan Hantu Kak Limah!

Perkara itu membuatkan pengarahnya yang jua selebriti YouTube, Syahmi Sazli turut berterima kasih kepada semua.

"Segala puji bagi Allah… filem pertama dari kami telah cipta sejarah filem no 1 terlaris sepanjang masa di Astro First. Moga filem ke-2 nanti mampu cipta banyak lagi sejarah. Next filem nak Mi buat cerita apa?" tulisnya diruangan kapsyen.

Menerusi posting di laman Instagram, bagaimanapun rata-rata memberikan komen positif dengan hasil kutipan filem arahan pertamanya dan kejayaannya itu.

Baca juga Ustaz Ebit hantar bantuan ke Zoo Negara, ini 10 fakta yang perlu tahu

Ini 10 fakta anda perlu tahu tentang MTTM.

  1. Hanya 30 peratus saja lawak spontan digunakan dalam filem ini dan selebihnya ia berdasarkan skrip yang dihasilkan oleh pengarahnya sendiri.
  2. Filem ini dihasilkan dengan bajet sebanyak RM400,000 dan penggambaran mengambil masa selama 14 hari.
  3. Ramai yang beranggapan perkataan Totey membawa maksud yang negatif. Hakikatnya, maksud Totey hanyalah sekadar gelaran yang sinonim dengan sesiapa sahaja yang bernama Mael yang mana Mael akan digelar sebagai Mael Totey.
  4. Dalam filem ini, anda akan menyaksikan banyak dialog bahasa Inggeris digunakan. Bagus juga untuk kanak-kanak, dapatlah mereka belajar sambil menonton filem.
  5. Dialog Kelantan yang digunakan dalam filem ini juga tidak kekok dan kaku. Sangat santai seperti kita bersembang.
  6. Pelakon dalam filem ini semuanya hebat berlakon! Kalau anda tidak percaya cuba fokus pada watak teacher dalam filem ini, sangat mengagumkan. Syahmi juga hebat, tidak kayu.
  7. Anda pasti akan menyukai lagu atau runut bunyi filem MTTM. Anda boleh dengar lagu tersebut di bawah.
  8. Selain menampilkan banyak lawak serta punchline berkualiti, MTTM juga bakal membuatkan air mata anda bergelinang dengan babak sedih. Kena tonton jika nak tahu babak yang mana.
  9. Untuk bahagian teknikal, Syahmi hanya menggunakan 5-6 krew berpengalaman dari Kuala Lumpur. Biarpun tidak ramai, namun hasilnya sangat cantik, warna dan color grading juga on point!
  10. MTTM bukan seperti filem biasa. Syahmi berani menggunakan pelakon OKU sebagai antara watak utama dalam filem ini. Banyak mesej dan nilai murni dapat diambil dalam filem ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca