Lagi kes Covid-19, seorang staf MRT laluan Kajang disahkan positif

Lagi kes Covid-19, seorang staf MRT laluan Kajang disahkan positif
Lagi kes Covid-19, seorang staf MRT laluan Kajang disahkan positif
A
A
A

SEMAKIN hari semakin menakutkan apabila melihat angka kematian dan kes baharu jangkitan Covid-19.

Terbaharu, seorang staf MRT laluan Kajang disahkan positif dan kini telah dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Staf tersebut bertugas sebagai pengendali tren (transit officer) dan bertugas kali terakhir pada 21 Oktober lalu.

Menerusi posting di Facebook Rapid KL, ekoran daripada itu, pihak Rapid Rail yang menjadi operator untuk MRT Laluan Kajang, telah membuat kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain itu, semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan staf tersebut telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari mengikut SOP KKM.

Namun begitu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan lain kendalian Prasarana seperti LRT, monorel, bas Rapid Transit dan bas henti-henti selamat digunakan.

Artikel berkaitan: 3 asas dan alasan boleh isytihar darurat, Agong minta rakyat bertenang

Ini kerana pihak pengurusan dan staf Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi

berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.

Namun, pengguna diingatkan supaya mengikuti dengan rapi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair

pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.

"Pihak kami adalah komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga staf," tambah kenyataan itu.

Orang ramai tidak perlu panik menggunakan perkhidmatan awam, yang penting anda terus amalkan SOP yang ditetapkan. Moga kita dijauhkan daripada musibah Covid-19.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca