Lakar sejarah hebat, lebih 100,000 pengunjung banjiri Karnival Pendidikan Sinar Bestari!
PENGANJURAN sulung Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang melabuhkan tirai semalam mencipta kenangan manis dan kejayaan besar apabila digamatkan dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu (pada 8, 9 dan 10 September lalu) bukan sahaja dihadiri orang ramai dari Selangor, malah ada yang datang dari Johor, Perlis dan Pahang.
Bayangkan, seawal 6.30 pagi, tempat letak parkir sudah dipenuhi dan pengunjung mula memilih untuk bersarapan pagi di SinarPlus Makan Fest yang merupakan salah satu penganjuran program di Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Baca juga: Karnival Pendidikan Sinar Bestari: Sambutan luar biasa
Seramai lebih 32 vendor menyajikan variasi makanan seperti nasi ayam gepuk, satar, otak-otak, nasi tomato, laksa, nasi kerabu, pisang goreng, keropok lekor, sushi, pelbagai jenis air dan banyak lagi pada harga yang sangat berpatutan.
Sebahagian daripadanya bukan sahaja bersarapan dan makan tengah hari, malah turut tapau makanan untuk dinikmati di rumah.
GEMBIRA BAWA PULANG HADIAH
Tidak hanya hidangan semata-mata, SinarPlus Makan Fest yang dikelolakan oleh pasukan editorial SinarPlus juga menganjurkan pelbagai aktiviti menarik.
Antaranya seperti seleksi Peraduan Permainan Tradisional seperti ceper, Batu seremban, dam haji, dam gergasi ular, congkak dan jenga.
Sudah semestinya, ia menarik perhatian pengunjung untuk mencubanya.
Bukan sahaja kanak-kanak yang teruja, malah ibu bapa, para cikgu termasuk pasukan keselamatan gembira menyertainya.
Kata mereka, semua permainan itu mengimbau memori zaman waktu kanak-kanak dan remaja.
Seperti yang dilaung-laungkan pengacara majlis, setiap peraduan tidak sekadar main sahaja kerana setiap pusingan permainan akan diberi hadiah menarik.
Paling dinanti-nantikan adalah slot Happy Hour apabila hadiah yang diberikan berganda lagi.
Baca juga: SinarPlus dijenamakan semula, fokus kepada trend gaya hidup wanita
Baca juga: Sambutan Ulang Tahun SinarPlus kali ke-3 Live Your Life havoc habis! Semua peserta teruja
Terima kasih kepada para penaja SinarPlus Makan Fest. Mereka ialah:
1) Siti Murni
2) LBS Bina Group Berhad
3) LBS Bina Group Berhad bersama rakan niaga seperti Acson, Watsons, Scapes Hotel Genting Highlands dan Brynton Hotel.
4) GL Play by Gamuda Land
5) Shawlpublika
6) Diffenz Eskayvie
7) Dinda Delights
8) Econsave
9) House Of Duan Buhari
Penampilan kumpulan Buskers, Coca Music juga memeriahkan lagi suasana petang SinarPlus Makan Fest.
Dendangan pelbagai lagu popular membuai emosi pengunjung yang dilihat tidak berganjak dari kerusi mereka sebaik lagu pertama dipersembahkan.
Kehadiran dua badut yang sudah bersedia di pintu masuk dan seorang lagi badut yang didatangkan secara eksklusif pada hari Ahad bermula 12.30 tengah hari hingga 2 petang menambah lagi kehangatan acara.
Sebaik kelibat mereka muncul, kanak-kanaklah yang paling teruja untuk mendapatkan belon percuma dan berselfie bersama badut kesayangan mereka.
Dalam pada itu, menurut Editor SinarPlus, Mazlina Abdul Majid, antara aktiviti yang paling hangat disertai pengunjung adalah Peraduan Teka dan Menang.
Untuk menyertainya mudah sahaja, orang ramai hanya perlu meneka jumlah sumi yang diletakkan di dalam balang.
Seramai enam orang pemenang akan dipilih setiap hari.
"Ini bermakna kita ada 18 pemenang untuk tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah, secara keseluruhan kita menerima lebih 5,000 penyertaan dan ia di luar jangkauan kita.
"Semua peraduan juga mendapat sambutan hangat sehingga ada yang sanggup datang pada hari kedua dan ketiga semata-mata untuk memenangi hadiah yang kita sediakan.
"Terima kasih kepada pengunjung yang luangkan masa ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari dan terima kasih juga kepada yang memeriahkan SinarPlus Makan Fest," katanya.
Berhubung dengan Peraduan Teka dan Menang, Mazlina berkata, nama pemenang akan diumumkan pada hari Selasa, 12 September 2023 bermula pukul 2.30 petang secara berperingkat.
"Setelah dihubungi, para pemenang diminta mengambil hadiah masing-masing di pejabat Sinar Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor," katanya.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang bertemakan Memacu Pendidikan Generasi Digital merupakan karnival pendidikan terbesar Selangor dan berlangsung serentak dengan Jualan Gudang Karangkraf 2023.
Baca juga: Setahun SinarPlus yang hangat, meriah dan menghiburkan
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang