Sambil makan, boleh menangi hadiah menarik pada SinarPlus Makan Fest hari ini hingga Ahad. Jangan ketinggalan!

A
A
A

SAAT yang dinantikan sudah tiba akhirnya! Sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang bermula hari ini (Jumaat, 8 September) hingga Ahad, 10 September, bukan setakat pameran daripada para pempamer dan aktiviti lain, kami membawa anda semua ke dunia kulinari yang mengujakan.

SinarPlus Makan Fest yang bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor bakal menawarkan pelbagai sajian lazat daripada 32 vendor terkenal pada harga berpatutan.

Bermula dari sarapan pagi hingga makan malam, anda boleh memilih variasi makanan. Memang rambang mata dibuatnya!

Okey, bagi kategori food truck, kami akan membawakan lapan jenama popular iaitu Paksu Kuey Teow, Ayam Gunting, Coconut Shake, Milo, Starbucks, Western Food & Pasta, Yakult dan Takoyaki & Corndog.

Baca juga: SinarPlus dijenamakan semula, fokus kepada trend gaya hidup wanita

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Selain itu, terdapat peniaga yang menghidangkan a Ayam Gepuk Top Berapi, Donut Ahpong, Dnats Nasi Ayam Gemok, Nasi Lemak Ayam KFC, nasi kerabu dan nasi dagang, Lokching Apieh, Mekeria, nasi kambing golek dan aneka sup.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Mahu makan keropok lekor dan pisang goreng cheese, Nasi Ayam Percik, Otak-Otak Warisan dan Nasi Daging Utara, semuanya disediakan.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Tidak lupa juga, pelbagai jenis air balang, Aiskrim Pall Lit, Halavita, Gula Kapas, Syanaj Coffee dan Jus Myheart Premium boleh dipilih.

Sushiwak Wak Doyok bukan sahaja akan membawa sushi, tetapi empunya diri, Wak Doyok bakal membuat kemunculan khas. Bila? Kena tunggu…

Baca juga: Sambutan Ulang Tahun SinarPlus kali ke-3 Live Your Life havoc habis! Semua peserta teruja

KRAFTANGAN, BADUT & BUSKERS

SinarPlus Makan Fest turut akan dimeriahkan dengan kehadiran Kraftangan Mokhtar, Branko & Co x Mad & Nor, Gaia Pebbles sedia untuk dimiliki.

Satu lagi berita baik, kepada anda yang mungkin ingin mendapatkan pelbagai barangan runcit, boleh buat pembelian Aeon Big di pintu masuk kami. Harganya? Ya, pasti berbaloi-baloi.

Tak kan makan dan membeli sahaja, kan? Mestilah kita nak berhibur sambil menikmati sajian yang menyelerakan, bukan?

Tak perlu risau, kami akan mempersembahkan persembahan 'live' kumpulan nyanyian jalanan Coca Music di Mini Stage Makan Fest.

coca music

Sudah pasti mereka akan mendendangkan lagu popular kegemaran ramai. Admin dah saksikan persembahan mereka minggu lepas, memang mantap!

Kepada yang ingin menyumbangkan suara buat para pengunjung, boleh juga sertai Jom Karoks.

Baca juga:

HADIAH HEBAT

Ada lagi berita menarik. Sepanjang tiga hari, SinarPlus bermurah hati untuk memberikan hadiah kepada pengunjung SinarPlus Makan Fest yang bertuah.

Anda berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah hebat tajaan daripada:

1) Siti Murni

2) LBS Bina Group Berhad

3) LBS Bina Group Berhad bersama rakan niaga seperti Acson, Watsons, Scapes Hotel Genting Highlands dan Brynton Hotel.

4)GL Play by Gamuda Land

5)Shawlpublika

6)Diffenz Eskayvie

7)Dinda Delights

8)Econsave

9)Duan Buhari

Namun, untuk memenangi cenderahati itu semua, anda perlu menyertai peraduan yang kami anjurkan bermula pukul 11 pagi hingga lewat petang.

Antaranya seperti:

1)Pertandingan Dam Gergasi

2)Pertandingan Dam Haji

3)Pertandingan Ceper

4)Pertandingan Batu Seremban

5)Pertandingan Congkak

6)Pertandingan Jenga

Haa…Nak beritahu, kami ada slot Happy Hour tau sempena semua pertandingan yang kami senaraikan.

Pada saat anda mendengar loceng dibunyikan, itu tanda Happy Hour bermula.

Pada ketika itu, kami akan memberi ekstra hadiah kepada para pemenang setiap pertandingan. Bagaimana? Suka tak? Mesti best, kan?

Sebelum itu, pada sebelah pagi, ketika masing-masing menikmati sarapan, kami akan secara rawak mengadakan Breakfast Quiz.

Di sini pun ada hadiah menarik. Jadi, anda tak akan pulang dengan tangan kosong.

Baca juga: SinarPlus anjur peraduan ‘Live Your Life’ sempena ulang tahun ke-3, tawar hadiah menarik

PERTANDINGAN FOOD SELFIE & PERADUAN TEKA & MENANG

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Ada lagi…Makan-makan sahaja pun boleh menang hadiah! Itu dia Pertandingan Food Selfie.

Sebelum makan, apa kata anda berselfie dulu dengan makanan yang anda beli di SinarPlus Makan Fest.

Gambar yang paling kreatif berserta kapsyen menari (apa-apa kasyenlah) anda memang akan bawa hadiah yang best sangat.

Jangan lupa juga hashtag #foodselfiesinarplus #pertandinganfoodselfiesinarplus dan #sinarplus ke laman sosial pada tetapan 'public' di Facebook dan Instagram untuk memudahkan kami memilih foto terbaik.

Satu lagi, anda semua turut dipelawa menyertai Peraduan Teka & Menang Sumi.

Kira saja kemudian isi borang dengan nyatakan jumlahnya, kami akan berikan hadiah kepada mereka yang memberi angka yang tepat atau hampir tepat.

Setiap hari tau kami akan berikan hadiah best!

Kemeriahan pasti berganda dengan kehadiran lebih 10 pempengaruh TikTok yang bakal menggamatkan suasana.

Bolehlah berwefie atau berselfie dengan mereka nanti.

Rasanya dah panjang lebar dah article ini. Jadi, apa lagi? Jangan lupa singgah di SinarPlus Makan Fest selama tiga hari berturut-turut.

Makan, Lepak & Santai. Itu tagline kami yang semua boleh follow.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca