RAMAI yang melalui dugaan kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19.

Ia seperti sudah menjadi sebahagian daripada normal baru namun memberi pengalaman ngeri kepada individu terbabit.

Ada juga yang memilih berniaga secara kecil-kecilan demi menampung kehidupan seharian.

Justeru, bagi mereka yang sedang mencari kerja, ini peluang menarik untuk korang.

Difahamkan, lebih 10,000 peluang pekerjaan menanti.

Menurut perkongsian Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Facebooknya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama PERKESO akan melancarkan Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 secara maya melalui aplikasi Cisco Webex.

Sebagai menepati kehidupan normal baharu, karnival maya ini akan berlangsung bermula 23-26 Feb 2021, dari 9 pagi hingga 5 petang.

Selain dari sesi temu duga oleh majikan pebagai sektor, karnival ini menyediakan sesi webinar kerjaya untuk membantu anda dalam persediaan mencari kerja.

Pendaftaran bagi menyertai temuduga dibuka sekarang di http://careerfair.perkeso.gov.my

Iklan

Lebih 10,000 peluang pekerjaan menanti, anak muda boleh rebut peluang!

Ini cara pendaftaran karnival;

1. Masuk ke pautan careerfair.perkeso.gov.my

2. Klik LOG IN bagi yang pernah daftar dan klik REGISTER bagi pendaftaran baru.

3. Klik Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan KSM 2021.

4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Register.

5. Setelah selesai mendaftar, korang boleh lihat sendiri senarai jawatan yang ditawarkan beserta maklumat temuduga.

Baca juga Tip dan amalan untuk ibu bapa yang mempunyai anak calon SPM

Iklan

6. Untuk memohon, klik Details pada mana-mana jawatan yang korang mahu.

7. Klik Apply

8. Senarai jawatan yang korang mohon akan dimasukkan ke dalam List of Application.

9. Setelah selesai mendaftar jawatan yang diminati dan sesuai kelayakan, korang diminta untuk tunggu makluman masa temuduga pada tarikh yang ditetapkan.

Peluang sudah ada, apa tunggu lagi, cepat-cepat daftar ya!

Semoga bermanfaat.