KEMAJUAN teknologi membolehkah jam tangan mampu mengambil alih tugas telefon pintar.

Tidak kurang juga, aksesori tersebut yang berupaya merekod kadar denyutan nadi dan mengira langkah atau larian membuatkannya menjadi item wajib untuk bersukan bagi sesetengah orang.

Pun begitu, pernahkah anda terfikir jam tangan boleh digunakan untuk membayar tol, barangan runcit atau makanan?

@fatinrehannaSelalu pegi topup touch n go mesti kena sound , “ni jam dik bukan kad touch n go “ 😂♬ bunyi asal – Mhd Aizzat

Video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok, @fatinrehanna membuatkan ramai teruja, apatah lagi generasi muda yang belum pernah melihat jam tangan ‘power’ yang dimilikinya.

Gelagat wanita itu yang membayar tol menggunakan jam tangan membuatkan ramai terkesima, malah terdapat komen ia hanya prank semata-mata.

Baca juga Wow! Cincin pintar kesan tekanan, kadar oksigen dalam darah

Pun begitu, Fatin Rehanna tidak melatah. Beliau sebaliknya berkongsi beberapa video termasuk melakonkan semula cara membayar tol dan reload jam Touch ‘n Go tersebut.

Siapa sangka, video berdurasi 10 saat itu menerima lebih 1 juta tontonan.

jam Touch 'n Go

Tulisnya: “Selalu pergi top up Touch ‘n Go, mesti kena sound, ni jam dik bukan kad Touch ‘n Go 😂 .”

Terdapat satu lagi video menunjukkan wanita itu cuba membayar barangan menggunakan jam tersebut.

Baca juga Habis licin dalam tempoh 12 jam, Mi Smart Band 6 memang lain daripada lain

Apa yang lebih melucukan, jurujual yang cuba untuk reload jam tersebut pun terpinga-pinga.

Menurut komen, jam Touch ‘n Go pernah dikeluarkan pada tahun 2016, namun disebabkan tiada sambutan ketika itu membuatkan pengeluaran gajet tersebut dihentikan.

jam Touch 'n Go

Jadilah beli alat libas lalat buat pengganti jam ini.

jam Touch 'n Go

Mungkin kilang akan buat pengeluaran baharu sebab sudah viral.

jam Touch 'n Go

Iklan

Memang mudah kalau guna kenderaan awam.

jam Touch 'n Go

Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana cara top up.

jam Touch 'n Go

Buat mereka yang tertanya-tanya di mana mahu membeli jam tersebut, ramai yang kempunan sebab sudah tidak dijual lagi.

jam Touch 'n Go

Harganya pun tidak mahal kerana bawah RM300 sahaja pada tahun ia dijual.

Iklan

jam Touch 'n Go

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ramai pula yang mencari di Shopee dan Lazada.

jam Touch 'n Go

Memang rare jam tersebut kerana memudahkan pembayaran tanpa perlu menggunakan wang tunai.

Boleh jadi, disebabkan banyak permintaan tidak mustahil jam tersebut dijual semula. Siapa tahukan?