Lebih baik ciri keselamatan & mesra pengguna, 7 info berkaitan aplikasi MyJPJ

BARU-BARU ini diumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan atau ‘roadtax’ di kenderaan masing-masing.

Sehubungan itu, orang ramai perlu menggunakan mod paparan aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ, Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM).

Pun demikian, sejurus pengumuman oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, orang ramai mula mengakses aplikasi MyJPJ untuk daftar masuk.

Namun begitu, aplikasi tersebut dilaporkan mengalami pelbagai kesulitan untuk diakses.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini dalam satu kenyataan menyatakan;

1. Pihak JPJ telah menambah baik ciri keselamatan dan mesra pengguna bagi aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ yang boleh diakses secara berperingkat mulai hari ini, mengikut sistem operasi telefon masing-masing (Android, IOS dan Huawei).

Baca juga Kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal, pamer roadtax, 3 fakta berkenaan

Kredit foto: flexisprint

2. Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata antara penambahbaikan itu termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat ketiga menggunakan lapan aksara terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJeID dalam talian.

3. Ia merupakan tambahan kepada dua peringkat sekuriti sedia ada iaitu kata laluan dan kod TAC.

4. Selain itu, menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui lapan aksara terakhir lesen memandu. Ini penyelesaian kepada isu ‘telah mendaftar’ disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem JPJ.

Iklan

5. JPJ turut menambah fungsi ‘penetapan semula emel’ bagi pengguna yang terlupa emel digunakan atau perlu mengemas kini emel secara dalam talian dengan tambahan lapan aksara lesen memandu.

6. Kementerian Pengangkutan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan aspek keselamatan siber aplikasi MyJPJ terjamin.

Iklan

7. Selain itu, orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke emel infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline JPJ di 03-27242522.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.