DI kala Covid-19 masih lagi mengganas di seluruh dunia, kini timbul Covid-19 variasi B.1.1.7 pula.

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini tampil mendedahkan maklumat mengenai variasi baharu virus COVID-19, B.1.1.7 yang mula dikenalpasti di UK.

Menurutnya, B.1.1.7 yang mula dikesan pada 20 September itu turut telah merebak di beberapa negara lain termasuk di Singapura.

Katanya, setakat ini, variasi baharu ini belum dikesan di negara kita.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) akan terus menjalankan ujian bagi mengesan virus ini dari semasa ke semasa.

Lebih mudah menjangkiti kanak-kanak, KKM dedah variasi baharu Virus Covid-19 B.1.1.7Menurut KKM, ini lapan perkara yang perlu korang tahu berkaitan virus Covid-19 B.1.1.7;

1. Mula dikesan pada 20 September 2020.

2. Pertama kali dikesan di Kent dan London, UK.

3. Terdapat mutasi pada protein pepaku yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel.

4. 70 peratus lebih mudah merebak berbanding varian lain.

5. Lebih mudah menjangkiti kanak-kanak.

Iklan

6. Lebih tinggi beban virus.

7. Boleh mengurangkan pengesanan virus dalam ujian PCR.

Iklan

8. Tidak menjejaskan keberkesanan vaksin yang ada.

Baca juga 10 penyakit pandemik, epidemik sepanjang 3 bulan terakhir tahun 2020

Semoga Covid-19 varian B.1.1.7 ini tidak sampai ke negara kita.