BILA dah tengah lapar sangat, kita kadang kalanya terlalu tergesa-gesa untuk menjamu selera sehingga terlupa untuk menunggu makanan atau minuman itu sejuk sedikit tambahan pula jika ia baru sahaja dimasak.

Akibatnya, lidah atau bahagian lelangit mulut pasti akan terasa panas seolah terbakar atau melecur.

Korang akan merasakan kesan terbakar itu dalam beberapa hari. Betul tak? Secara tak langsung kita juga mungkin akan mengalami rasa tidak selesa ketika makan dan minum.

Lelangit terbakar akibat makanan panas, ini 5 tip mudah untuk merawatMalahan lebih teruk lagi jika tahap melecur yang agak serius, kita juga mungkin sukar untuk berbual dan pastinya keadaan itu akan mengganggu keselesaan kita menjalani kehidupan seharian.

Jadi, apa perlu kita lakukan?

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi rasa terbakar di bahagian lelangit mulut yang mungkin kita boleh guna pakai sebagai langkah merawat. Antaranya adalah seperti :

1. Minum air sejuk

Lelangit terbakar akibat makanan panas, ini 5 tip mudah untuk merawatLangkah pertama, segera minum air sejuk selama 10 minit jika mendapati lelangit mulut rasa terbakar.

Air sejuk bukan sahaja membantu meredakan sensaki terbakar dalam mulut tetapi juga mencegah kerosakan pada lapisan bahagian dalam mulut.

2. Madu

Lelangit terbakar akibat makanan panas, ini 5 tip mudah untuk merawatMadu memiliki sifat antimikrob.

Ia memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme berbahaya, mencegah jangkitan dan membantu proses penyembuhan luka.

3. Susu dan Yoghurt

Lelangit terbakar akibat makanan panas, ini 5 tip mudah untuk merawatUntuk mengurangkan rasa tidak selesa di mulut, anda boleh minum susu sejuk atau yoghurt. Kedua-duanya dapat memberi lapisan pada kulit yang terbakar bagi mencegah iritasi dan rasa gatal.

Selain itu, ia juga dapat mengatasi luka dan amat berguna dalam proses penyembuhan.

Iklan

4. Daun Pudina

Lelangit terbakar akibat makanan panas, ini 5 tip mudah untuk merawatYa! Daun pudina mengandungi methanol yang dapat mengurangkan rasa terbakar di dalam mulut.

Tanaman ini juga penuh dengan kandungan antibakteria dan juga dapat mengurangkan jangkitan.

Korang boleh menyapu ubat gigi dengan kandungan pudina pada lelangit mulut atau makan gula-gula berperisa pudina untuk atasi sensasi mulut terbakar.

5. Minyak Vitamin E

Lelangit terbakar akibat makanan panas, ini 5 tip mudah untuk merawatVitamin E boleh membantu meredakan rasa terbakar di mulut dan memulihkannya.

Iklan

Korang hanya perlu menyapu minyak ini pada bahagian mulut yang terasa terbakar.

Rasa terbakar pada lelangit mulut ini selalunya akan pulih setelah satu minggu. Namun, jika ia tidak pulih setelah 10 hari, sebaiknya korang segera berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.

Semoga bermanfaat!

Sumber rujukan : merdeka.com