PENYIMPANAN bahan masakan di dapur perlulah dilakukan berhati-hati. Kejadian tertukar ramuan dengan racun ataupun produk bukan makanan boleh mengundang padah.

Perkongsian daripada Public Health Malaysia (PHM) boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan keracunan akibat tertukar antara bahan masakan dan racun.

“Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mana suaranya kedengaran sangat cemas. Beliau mengesyaki telah termakan racun.

“Mulanya, ibu beliau yang sedang memasak meminta mengenal pasti sama ada bahan di dalam satu bungkusan plastik garam atau gula. Jadi, lelaki itu mengambil secubit lalu meletakkannya ke atas lidah.

Baca juga Luar Biasa! Wanita Afrika Selatan Lahir Kembar 10, Hasil Scan Mendapati Kembar Lapan

 

 

“Beliau berasa pelik kerana bahan terbabit tidak manis atau masin, tetapi lidahnya berasa panas seperti terbakar.

“Cepat-cepat beliau meludahkan dan berkumur. Nasib baik belum tertelan! Apabila melihat kembali label bungkusan tersebut tertulis ‘Sodium Chlorate’. Sama ke dengan garam? tulisnya baru-baru ini.

PHM menyatakan tentang perbezaan antara garam dan racun rumpai yang mana nama kimia seakan sama.

“Nama kimia bagi garam ialah ‘Sodium Chloride’. Walaupun nama dan bentuk fizikal hampir sama, namun ‘Sodium Chloride’ dan ‘Sodium Chlorate’ dua bahan berbeza dan memberi kesan berlainan.

“Jika ditelan walaupun secubit, ‘Sodium Chlorate’ boleh menyebabkan keracunan bermula dengan mual, muntah, cirit-birit dan sakit perut dalam tempoh antara sejam hingga empat.

“Lebih membahayakan ia berisiko berlakunya gangguan pada darah seperti sel darah menjadi pecah. Kesannya, mangsa akan mengalami gejala seperti pucat dan kebiruan akibat kurang sel darah merah yang membawa bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan,” jelasnya.

Baca juga MSG Ibarat Racun Yang Sedap Dalam Makanan? Ini Penjelasan Pakar Kimia Mengenainya

Selain itu, bahan itu juga dikatakan boleh menyebabkan rasa panas seperti terbakar jika terkena kulit atau bahagian mukosa seperti mulut dan mata.

Iklan

Justeru, PHM menasihatkan agar semua jenis racun perosak termasuk racun serangga, racun rumpai, racun tikus dan lain-lain diletakkan di luar rumah.

Ia perlu dilabel dan disimpan di dalam tempat berkunci dan tinggi, jauh daripada capaian kanak-kanak.

Harap korang berhati-hati. Jangan ambil mudah terutamanya racun yang sering ada di rumah seperti racun serangga dan haiwan perosak.

Iklan

Sumber: Public Health Malaysia