LRT, MRT, Monorel dan perkhidmatan bas RapidKL akan beroperasi seawal jam 4.30 pagi pada hari esok sempena Hari Kebangsaan 2022!

Wah! Satu perkhabaran gembira buat orang ramai yang boleh merebut peluang menaiki perkhidmatan awam untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini.

Berita gembira itu diumumkan oleh syarikat pengelola pengangkutan awam, Rapid KL di mana sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2022 pada 31 Ogos ini, semua perkhidmatan merangkumi LRT, MRT, Monorel dan bas akan bermula pada jam 4.30 pagi sehingga 11.30 malam.

Pengumuman itu dikongsi di laman Instagram dan Facebook rasmi milik Rapid KL dengan memaparkan poster jadual perjalanan setiap pengangkutan awam.

Apa tidaknya, setelah dua tahun kita semua tidak melihat persembahan dek kerana Covid-19 yang melanda dunia, tahun ini ayuh kita bawa keluarga ke sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Selain dapat mengimbau kembali kenangan pada sambutan tahun-tahun lalu, ia sekali gus boleh menyuntik rasa cinta anak-anak kepada negara.

Sambutan di mercu tanda tersebut mempunyai nilai nostalgia dan sentimental tersendiri dan menjadi boleh dijadikan agenda wajib untuk diteruskan dari generasi ke generasi.

Baca juga Berita gembira buat penjawat awam, ini 6 inisiatif baharu diumum PM

Tambang MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL percuma sebulan, ini 11 info lengkap

Jadi, untuk anda yang merancang untuk ke Dataran Merdeka dan masih keliru untuk menaiki pengangkutan awam atau membawa kenderaan sendiri, ini cara untuk ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

1. Bawa kenderaan sendiri

Jika anda membawa kenderaan sendiri, anda harus ingat terdapat 18 jalan utama ditutup dan dilencongkan pada 31 Ogos 2022 nanti.

Jadi, peruntukkan lebihan masa sebagai persiapan jika anda terpaksa berputar semula atau melakukan lencongan.

Untuk tapak meletak kenderaan, ada beberapa tempat yang telah dikenal pasti oleh PDRM sebagai lokasi sesuai untuk meletakkan kenderaan anda, bagaimanapun anda kena ingat jumlahnya terhad.

Lokasi tersebut adalah :

  • Jalan Tanglin
  • Parkir Awam Hadapan Klinik Kesihatan Tanglin
  • Parkir Awam Hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi
  • Sekitar Masjid India (Parkir Awam di Sekitar Jalan Munshi Abdullah)
  • Jalan Sultan Salahuddin
  • Parkir Bertingkat Hadapan Bukit Aman

Melihat kepada senarai tempat meletak kenderaan ini, hanya parkir awam di Jalan Tanglin, Klinik Kesihatan Tanglin dan sekitar Masjid India sahaja yang benar-benar berdekatan dengan Dataran Merdeka.

Iklan

Tempat meletak kenderaan yang lain terletak agak jauh dan memerlukan anda untuk berjalan kaki lebih lama.

Jadi, kami rasa mungkin anda patut memilih pilihan yang lagi satu, iaitu menaiki pengangkutan awam.

Baca juga Tinggal anak, isteri, ini kronologi kes bekas Perdana Menteri pertama ke penjara

2. Menaiki pengangkutan awam

Jika anda menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya, anda boleh berhenti di stesen LRT Masjid Jamek ataupun Pasar Seni. Manakala jika anda menaiki LRT Laluan Ampang/Putra Heights , anda boleh berhenti di stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya. Manakala jika anda menaiki MRT, anda perlu berhenti di stesen MRT Pasar Seni.

Iklan

Stesen yang paling hampir dengan Dataran Merdeka adalah Stesen LRT Masjid Jamek. Manakala, stesen Pasar Seni dan Stesen Bandaraya memerlukan anda untuk peruntukkan masa kira-kira 5-7 minit untuk berjalan.

Kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi. Mungkin anda juga boleh menaiki bas perantara dari kawasan perumahan anda ke stesen LRT terdekat.

Sumber: My RapidKL, tips travel

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.