'Lulus dahulu baru isi borang', polis buka kertas siasatan

'Lulus dahulu baru isi borang', polis buka kertas siasatan
'Lulus dahulu baru isi borang', polis buka kertas siasatan
A
A
A

LEWAT petang semalam kecoh di laman Twitter apabila seorang pengguna akaun berkongsi sekeping gambar borang rentas negeri berserta tanda tangan dan cop sebuah balai polis namun

ruangan butiran diri pemohon masih belum diisi.

Entri tersebut diulang ciap lebih 10,000 ribu kali dengan rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pemohon berkenaan yang didakwa tidak mengikuti saluran yang betul.

Selain itu, terdapat sekeping lagi gambar tular lain yang mendakwa surat permohonan rentas negeri dengan cop balai berkenaan sudah menjadi milik beberapa orang pemohon.

Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung isu penyalahgunaan borang rentas negeri yang dipercayai dikeluarkan oleh Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati berlaku pemalsuan tanda tangan milik ketua balai berkenaan iaitu Inspektor Mohamad Ramizan Ramli.

Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas

Menurutnya, borang rentas negeri tersebut telah diberikan kepada seorang wanita untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur dengan tujuan menghadiri temuduga mendapatkan pekerjaan yang

dijadualkan hari ini.

Menurut Hanyan dalam satu kenyataan, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Dalam perkembangan sama, beliau turut menafikan kononnya terdapat prosedur operasi standard (SOP) baharu dikeluarkan polis iaitu lulus dahulu baru isi borang untuk tujuan rentas negeri sebagaimana yang dinyatakan bersama borang kosong berkenaan.

Perkara yang anda perlu tahu jika ingin rentas negeri

Penularan surat kebenaran itu mengundang kemarahan warganet yang berang dengan tindakan itu yang didakwa ia sebagai perbuatan pecah amanah.

Baca juga Sekatan Jalan Raya Akan Ditambah Menjelang Ramadan, Hanya Dokumen Lengkap Boleh Rentas

Selain itu, warga maya turut berang dan kecewa dengan menyatakan kerisauan permohonan merentas negeri selepas ini akan semakin diperketatkan gara-gara tindakan sesetengah pihak.

Terdahulu, PDRM mengumumkan akan memperketatkan semua pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan tiada yang terlepas pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan.

Jadi, jika benar korang ada urusan kerja atau kes kecemasan yang memerlukan merentas negeri, gunakanlah saluran betul dengan mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) dan polis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca