Lupa 'check out', ketua data CPRC dedah cara data diguna dalam sistem

03
03
A
A
A

BARU-BARU ini aplikasi MySejahtera telah diperbaharui dengan fungsi terbaharu iaitu daftar keluar (check out).

Ia ditambah baik bagi memudahkan pengguna memaparkan status kesihatan individu, paparan tahap risiko dan status vaksinasi.

Butang check out yang difahamkan ditambah bagi menambaik baik proses pengesanan kontak.

Namun, oleh kerana sudah lebih setahun terbiasa menggunakan aplikasi itu, ramai yang sering terlupa menekan butang check out setelah keluar dari mana-mana premis.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru itu, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appannan tampil menjelaskan bagaimana sebenarnya data check out digunakan dalam sistem.

Menerusi perkongsian di Twitter, ini penjelasan beliau.

Adakah benar pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menganggap anda berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk check out di MySejahtera? Tidak.

Berikut adalah penerangan bagaimana data check out digunakan oleh sistem AI di sebalik MySejahtera.

Normal baharu, MySejahtera kini ‘peneman sejati’

Secara am, ada dua kaedah untuk menghasilkan sistem pengesanan kontak yang automated.

1) Kod QR - melihat 'overlap' dengan kes positif

2) Bluetooth - melihat 'proximity' dengan kes positif

Di Malaysia, kami menggunakan kaedah yang pertama setakat ini.

Sejak 10 Mac, lebih tujuh juta notifikasi 'Kontak Kasual' telah dihantar untuk menyedari pengguna yang mungkin terdedah kepada orang yang positif Covid.

Sistem AI mengggunakan 'exposure window' serta data ujian saringan untuk menentukan penerima notifikasi tersebut.

Sebelum check out diperkenalkan, data check-in berturutan digunakan untuk meletakkan 'upper bound' pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.

Contohnya, jika check-in di Restoran X pada 7 malam, dan Restoran Y pada 8 malam, anda berada di X untuk paling lama 1 jam.

Sekiranya check-in berturutan bersifat 'outlier' (contoh anda balik rumah dan hanya keluar esok), sistem mengesan itu sebagai 'outlier' dan menggunakan tempoh purata (berdasarkan lokasi, waktu dan demografi).

Purata ini amat stabil kerana dihasilkan daripada berbilion check-in.

Kini, kami minta user untuk check out kerana ini akan membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat.

Namun, sama seperti dulu, sistem dapat mengesan sama ada pengguna itu berkemungkinan besar lupa check out, maka menggunakan tempoh purata.

Orang ramai kini boleh daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera

Satu lagi contoh:

Pengguna check-in di Restoran X pada 7 petang dan check-out pada 8 pagi esok.

Sistem akan melihat secara purata, berapa lama pengguna akan berada di lokasi ini sekiranya check-in pada waktu 7 petang.

Purata itu dapat digunakan untuk mengganti check-out yang 'misleading'.

Oleh itu, kami amat menggalakkan pengguna untuk check out. Ia menolong kami membantu anda.

Namun, jika anda lupa, jangan bimbang. Kami tidak akan katakan anda menghabiskan sepanjang malam di tempat kerja atau di restoran.

Baca juga 7 peranan suami temani isteri bersalin, syaratnya lengkap vaksinasi, negatif ujian saringan

Untuk makluman, sistem AI yang menghantar notifikasi Kontak Kasual sudah berjalan selama 200 hari.

Sekiranya anda telah menerima notifikasi Kontak Kasual;

1. Jawab dalam bahagian self-assessment dalam MySejahtera.

2. UJI jika anda mengalami simptom.

3. ISOLAT jika anda positif.

Dan patuhilah SOP!

Sumber: Twitter Dr Mahesh Appannan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca