BARU-BARU ini dunia dikejutkan dengan pemergian bintang lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona yang meninggal pada usia 60 tahun akibat sakit jantung.

Namun, memetik laporan Agensi Anadolu, doktor peribadi Diego Maradona kini sedang disiasat kemungkinan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja susulan kematian legenda bola sepak itu.

Media tempatan Argentina juga melaporkan, polis telah menyerbu rumah dan klinik Leopoldo Luque pagi semalam untuk menyiasat sama ada terdapat kecuaian dalam rawatan perubatan Maradona mahupun tidak.

Luque, doktor peribadi Maradona disiasat atas dakwaan membunuh tanpa sengaja

Namun, Luque menafikan melakukan sebarang kesalahan ketika merawat Diego Maradona.

“Tiada kesalahan perubatan di pihak sesiapa pun. Diego mengalami serangan jantung. Kematian pesakit dalam keadaan seperti itu sering berlaku di dunia. Segala yang mungkin telah dilakukan untuk mencegah kejadian itu,” kata Luque di sidang media di rumahnya.

Maradona juga telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otak pada awal November. Luque telah membenarkannya pulang lapan hari kemudian.

Luque, doktor peribadi Maradona disiasat atas dakwaan membunuh tanpa sengaja

Luque juga berkata beliau telah melakukan semua yang termampu untuk memulihkan Maradona.

Pegawai penyiasat juga merampas semua sejarah perubatannya dan ujian yang lakukan luke termasuk peranti elektronik, pemacu keras yang telah 20 tahun disimpan dan juga semua telefon.

Iklan

“Sebenarnya saya terkejut, kerana ketika Diego meninggal dunia, saya sudah berada di sana dan pejabat pendakwa telah memulakakan siasatan.

“Mereka tidak memanggil saya terlebih dahulu untuk mendapatkan keterangan. Saya fikir ini bukan caranya,” katanya.

Serbuan itu berlaku selepas keluarga Maradona dilaporkan memberitahu penyiasat terdapat perselisihan antara Maradona dan doktor peribadinya.

Luque, doktor peribadi Maradona disiasat atas dakwaan membunuh tanpa sengaja

Luque pula hanya menjelaskan situasi sedemikian adalah biasa berlaku antara doktor dan pesakit.

Iklan

“Apa yang saya jelaskan kepada Diego adalah sukar. Berkali-kali dia bantah apa yang saya katakan. Tapi kemudiannya dia akan hubungi saya semula,” katanya.

Siasatan juga dibuat selepas anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina mempersoalkan ubat yang diberikan kepada ayah mereka.

Apa pun siasatan masih dijalankan. Biarlah pihak berkuasa dan pihak yang dipertanggungjawabkan membuat keputusan mahupun sebarang hukuman.

Sumber : newsbeezer.com