TINGGAL  sehari lagi sebelum 11.11.  Platform Shopee lagi meriah apabila 1,200 jenama dan peruncit serta 800, 000 penjual akan membawakan rakyat Malaysia potongan harga terbesar dan tawaran yang menakjubkan bermula sekarang!

Dengan lebih 100 juta produk untuk dipilih dan banyak lagi yang ditawarkan pada diskaun 99 persen dengan harga serendah 11 sen semasa Jualan Kilat Shocking Sale.

Jenama terkemuka seperti Acer, Carlo Rino, Enfagrow, Nestlé, OPPO, P&G, Philips, realme, Sa Sa, Skechers, Tefal, Unilever, Watsons dan banyak lagi akan menawarkan baucar diskaun 50 peratus setiap hari.

Sekiranya anda rasa itu tidak cukup hebat, Shopee menawarkan Proton X50 yang serba baharu-One or Not.  Shopee akan berikan kepada satu pembeli bertuah hanya untuk RM1.

Rakyat Malaysia juga berpeluang menjadi pemilik Samsung Galaxy Note20, soundbar, jam tangan, set barang kemas dan banyak lagi hanya untuk RM1. Menariknya, tentang permainan ini adalah jika para pengguna tidak menang, wang mereka akan dipulangkan sepenuhnya.

Pemain Shopee juga boleh berseronok sambil merebut peluang untuk memenangi Nintendo Switch dan sehingga 11 juta Syiling Shopee dari Goyang Shopee, Shopee Farm, Shopee Bubble, Shopee Poly, Shopee Claw, Shopee Candy dan Shopee Lucky Prize.

Pada hari esok iaitu bermula pukul 8 hingga 9 malam, Phua Chu Kang akan muncul dalam penstriman langsung khas. Kita semua berpeluang untuk berinteraksi dan strim bersama dengannya sambil mendapatkan tawaran 11.11, baucar dan Syiling.

Selain itu, selebriti-selebriti lain juga akan berbuat demikian. Antaranya:

  1. Zoey Rahman (10 November 2020, jam 5 petang)
  2. Fynn Jamal dan Tyra Kamaruzzaman (kedua-duanya pada 11 November 2020, jam 12 pm)

Shopee 11.11 Big Show

Rakyat Malaysia boleh nantikan hiburan selama dua jam tanpa henti yang akan disiarkan pada 11 November ini dari pukul 9 malam-11 malam menerusi Shopee Live, TV3, Tonton dan Youtube.

Ia dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sherry Alhadad. Penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh selebriti tempatan termasuk Anuar Zain, Ella, Shila Amzah, Floor 88, Wany Hasrita, Dolla dan Azzam Sham. 11.11 Big Show ditaja oleh Nestle, L’Oréal, adidas, Kimberly-Clark, P&G dan Y.O.U.

Pada kesempatan itu, anda berpeluang untuk mengambil bahagian dalam:

a) Shopee Tangkap serta Goyang Shopee untuk memenangi sehingga 11,111,111 Syiling Shopee

Iklan

b) Hadiah menarik seperti motosikal Honda Vario, jongkong emas, televisyen Samsung 65” dan pembersih vakum Dyson.

c) Personaliti Datuk Seri Vida, Datin Diana Danielle, Farahanim, Fahrin Ahmad, Mark Adam dan Siti Saleha juga akan turut serta dalam keseronokan itu.

Shopee turut  akan bekerjasama dengan organisasi amal seperti Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dalam meningkatkan kesedaran dan sumbangan kepada mereka yang hidup dengan penyakit HIV termasuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

MAF bersama dengan rakan hotelnya juga ingin menghantar 2 penderma bertuah ke Langkawi selama 3 hari 2 malam untuk sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan. Untuk berpeluang memenangi baucar hotel eksklusif, para pengguna boleh menderma kepada ‘dana MAF’ semasa 11.11.

Tip chup barang

Iklan

Untuk memastikan transaksi yang lebih lancar dan cepat pada 11 November, jangan lupa untuk:

  • Masukkan produk ke dalam kart untuk mengelakkan kehabisan stok pada 12 tengah malam.
  • Jangan lupa untuk tuntut dan simpan baucar penghantaran percuma dan baucar diskaun lain terlebih dahulu.
  • Pastikan baki dalam dompet ShopeePay anda mencukupi untuk mengelakkan penambahan nilai pada saat-saat terakhir.

Pengguna kali pertama ShopeePay akan menerima baucar RM8 apabila mereka menyempurnakan transaksi pertama mereka dengan perbelanjaan minimum RM25.

Tunggu apa lagi? Layari  untuk mendapatkan harga yang berbaloi dan jimat poket anda dengan klik di sini.