‘Macau Scam’ RM75 juta dibeku dan 24 buah kenderaan mewah dirampas, ini apa yang anda perlu tahu!
BEBERAPA hari lalu warganet heboh bercakap mengenai seorang selebriti tempatan dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pengubahan wang haram didalangi sindikit ‘Macau Scam’.
Bagaimanapun selebriti popular itu dilepaskan selepas ditahan hampir 23 jam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Hasil siasatan, terbaru, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti penggubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti.
SPRM juga dikatakan menyita 24 kenderaan mewah dan kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.
Walaupun tidak didedahkan identiti suspek, di media sosial berlegar gambar dan video pasangan suami isteri itu memperagakan kehidupan mewah mereka.
Memetik laporan portal akhbar tempatan, SPRM memaklumkan ada dalam kalangan pegawai agensi keselamatan dikesan menerima bayaran bagi melindungi kegiatan pelaburan Macau Scam ini.
Sehubungan itu siasatan lanjut masih lagi dilakukan.
Dahsyat sungguh kegiatan ‘macau scam’ ni. RM75 juta bukanlah satu jumlah yang sedikit! Walaupun dalangnya kini sudah diberkas pihak berkuasa, namun perlu diingat, kegiatan tersebut tidak akan terhenti di sini disebabkan oleh pulangan yang agak lumayan mampu diperolehi daripada kerja terkutuk ini.
Apa yang penting kita perlu berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berwaspada supaya tidak mudah ditipu dengan sindiket yang mungkin ada lagi yang masih bebas di luar sana.
Oleh yang demikian, SinarPlus kongsikan modus operandi yang selalu diguna pakai oleh ‘macau scam’ untuk memperdaya orang ramai.
- Step 1- Operator telefon minta anda tekan 0 or 9.
- Step 2-Scam akan perkenalkan diri mereka dari agensi-agensi yang berkaitan seperti pos laju, mahkamah, SPRM dan bermacam-macam lagi.
- Step 3- Panggilan akan disambungkan kepada pihak polis dan polis berpangkat sarjan akan menjawab panggilan.
- Step 4- Sarjan akan meminta bacakan nombor kad pengenalan untuk semakan. Selepas semakan dibuat mereka akan memberitahu bahawa korang mempunyai rekod jenayah iaitu pengubahan wang haram/pengedar dadah (sambil mereka kuatkan bunyi walkie talkie bagi menyakinkan bahawa mereka adalah polis yang sebenar).
- Step 5- Sarjan akan sambungkan panggilan kepada pegawai berpangkat inspektor. Maka bermulalah lakonan ‘wayang’ hebat tuan inspektor ‘celup’ cuba psycho mangsa dan mengugut untuk membekukan akaun.
- Step 6-Mangsa menjadi takut dan mengikut arahan
yang mana mangsa akan pergi ke bank untuk pindahkan kesemua wang yang ada ke dalam akaun yang diberikan.
- Step 7- Selepas mangsa tersedar telah ditipu, mangsa pun pergi ke balai buat report.
AWAS! Jangan sesekali mudah tertipu. Dalam apa keadaan sekali pun jika dapat panggilan sedemikian rupa segeralah ke balai polis untuk membuat pengesahan.
Pihak bank juga mempunyai polisi mereka. Bank tidak akan membenarkan apa-apa transaksi dilakukan kepada pihak ketiga hanya dengan menggunakan arahan percakapan telefon. Tak logik dek akal!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang