ADA yang kata penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak mempunyai banyak manfaatnya.

Namun, awas jika penggunaannya tidak dikawal sepenuhnya oleh ibu bapa atau penjaga.

Jangan sesekali jadikan peranti itu sebagai ‘umpan’ untuk mendiamkan mereka atau disebabkan hal-hal yang membuatkan mereka memberontak. Natijahnya, memang buruk.

Baca juga Mahu bebaskan diri daripada ketagihan media sosial, berikut antara penyelesaian yang dapat membantu

Berdasarkan Laporan Eksekutif Dapatan Kajian Tanda Aras Tahap Keselamatan Siber Dalam Kalangan Murid Sekolah dan Ibu Bapa 2021/2022, marah apabila tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar dan tidur lewat kerana leka melayari internet di telefon pintar merupakan antara tanda-tanda ketagihan internet yang diperoleh hasil dapatan kajian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang mendedahkan laporan itu berkata, kadar ketagihan internet di Malaysia ketika ini agak tinggi berbanding kebanyakan negara-negara lain.

Ya, sesuatu yang sudah dijangka!

Dalam hal tersebut, agak-agaknya apa cara terbaik untuk menangani tabiat atau memisahkan anak-anak dengan gajet. Ada idea?

Di luar negara, seorang ibu mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengatasi hal tersebut.

Baca juga MCMC tidak ‘diam’! Segera tangani masalah capaian internet

Tidak pasti apa yang dilakukannya okey atau sebaliknya, Lorna Goldstrand Klefsaas telah menjanjikan ganjaran wang tunai sebanyak RM7,500 kepada anaknya jika si kecil berjaya untuk tidak melayari media sosial hingga umurnya mencecah 18 tahun.

Seperti yang dilaporkan CNN, Klefsaas berkata, dirinya mendapat idea itu selepas mendengar perkongsian seorang wanita di radio.

“Seorang ibu memberi ganjaran RM6,600 kepada anaknya kerana tidak menggunakan media sosial hingga berumur 16 tahun.

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk menambah dua tahun lagi dan melebihkan RM800 wang ganjaran,” katanya yang membuat ‘pertaruhan kasual’ itu dengan anaknya pada tahun 2016.

Ungkap wanita berkenaan, hadiah yang dibelanjakannya untuk tujuan itu adalah sebahagian pelaburan yang terbaik yang pernah beliau belanjakan.

Setelah tempoh masa itu berlalu, anak lelakinya berjaya menuntut hadiah berkenaan ketika menyambut ulang tahun yang ke-18 pada 19 Februari lalu.

TIDAK SUKAR TANPA MEDIA SOSIAL 

Sementara itu, ujar anak Klefsaas yang dikenali sebagai Sivert, hidup tanpa media sosial tidak sesukar mana.

Ketika beliau berusia 12 tahun, Sivert tidak menggunakan apa jua aplikasi kecuali Snapchat. Namun, ia dipadamkan sehari selepas mencubanya.

Kata remaja itu, rakan-rakannya telah bertindak menyalurkan sebarang maklumat atau trend terkini yang berlaku di alam maya.

Klefsaas berkata, beliau percaya kepada Sivert dan baginya, tiada keperluan untuk menyemak mana-mana aplikasi yang mungkin dimuat turun secara diam-diam oleh anak beliau.

SinarPlus turut tertanya-tanya, apa yang ingin dilakukan Sivert dengan wang sebanyak itu?

Sambil berseloroh, anak muda tersebut berkata, beliau akan membeli sebuah rumah! Namun, secara jujurnya, ganjaran itu akan digunakan untuk keperluan di bilik asramanya di Universiti Northwestern St Paul nanti.

Iklan

Kepada CNN, Sivert berkata, sesuai dengan usianya kini, beliau mungkin akan menggunakan laman Instagram iaitu penerokaan pertamanya di media sosial.

ENGGAN ANAK DIPENGARUHI 

Mengulas lanjut, Klefsaas berkata, beliau tidak menentang sebarang penggunaan media sosial, namun apa yang dilakukannya adalah untuk tidak membiarkan seseorang (iaitu anaknya) untuk ketagih atau dipengaruhi oleh informasi (kurang tepat) yang dikongsi warganet.

“Saya sangat gembira Sivert tidak perlu membaca mana-mana perkara yang tidak patut,” katanya.

Baca juga Kanak-kanak lebih mudah dipergunakan dan dieksploitasi dalam talian. Ibu bapa perlu main peranan

Hasilnya, anaknya kini mempunyai perspektif yang berbeza di media sosial.

Sivert merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Tiga kakak perempuannya semuanya menggunakan media sosial semasa membesar.

“Saya merasakan tiga anak perempuan saya terlalu asyik dalam aplikasi dan feed yang diterima mereka.

Iklan

“Ia telah menjejaskan mood dan persahabatan mereka. Bagi saya, situasi itu agak menyedihkan,” katanya.

Apabila Klefsaas mengambil telefon salah seorang anak perempuannya yang berumur 16 tahun, gadis itu kemudiannya berterima kasih kepadanya kerana berbuat demikian.

“Nampaknya, dia begitu selepas tanpa gajet di sisinya,” katanya.

Melihat kepada apa yang dilakukan Klefsaas memang nampak menarik.

Jangan risau, jika anda bukan daripada ibu bapa yang kurang kemampuan. Ada banyak cara lain boleh dilakukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jika amaun itu terlalu banyak, anda boleh kurangkannya.

Jika tidak, skedulkan penggunaan telefon bimbit. Sebagai contoh, dalam seminggu, minggu tiga kali sahaja, mereka boleh menggunakan peranti.

SinarPlus percaya, ibu bapa di luar sana bijak mencongak apa yang perlu dilakukan.