CUTI umum sempena sambutan Hari Malaysia pasti mengujakan untuk mereka yang merancang trip staycation dalam bandar mahupun di negeri-negeri berdekatan.

Dengar cerita, ada yang ambil cuti bermula esok hingga Ahad ini. Alang-alangkan, apa salahnya minta kebenaran bos untuk merehatkan seketika minda.

Jika segala persiapan sudah lengkap, ayuh luncurkan sahaja kenderaan menuju ke destinasi pilihan.

SinarPlus cadangkan beberapa destinasi seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands di Pahang, Port Dickson di Negeri Sembilan atau di Pulau Pinang.

Namun, sebelum menghidupkan enjin, pastikan jentera kesayangan kita berada dalam keadaan perfect. Untuk melancarkan kembara singkat anda, boleh semak tip berguna yang dikongsikan 3M Malaysia ini:

1. Selenggara kenderaan anda secara berkala

tip kenderaan

Pastikan kenderaan diselenggara mengikut jadual tidak kira di bengkel panel atau bengkel berhampiran rumah. Untuk elak kereta meragam, kita kena periksa:

a. Komponen dalaman dan luaran enjin.
b. Status bateri (periksa setiap 2 tahun hingga 4 tahun).
c. Bilah pengelap (periksa 6 bulan hingga 12 bulan).
d. Minyak hitam dan bendalir penyejuk.
e. Sistem penyejukan dan radiator (dibersihkan).

2. Periksa tekanan angin tayar

tip kenderaan

Ini penting dan senang dapat kesan kalau tayar kurang angin. Periksa juga keadaan tayar kalau ada rekahan atau bunga sudah botak. Ada duit lebih, boleh tukar sebelum jalan jauh.

3. Alat kecemasan jika tayar pancit

tip kenderaan

Kalau tayar pancit juga di tengah jalan, ini pentingnya ada tayar spare yang ada angin. Setiap kereta memang disediakan tayar tambahan tapi kena pastikan ada angin ya! Nak tukar tayar pun kena ada alatnya seperti perengkuh, jack, adaptor not dan jangan lupa pakai sarung tangan 3M™ Comfort Grip Gloves untuk melindungi tangan.

Iklan

4. Cegah pembentukan karat

tip kenderaan

Tahukah anda bahawa pembentukan karat boleh merosakkan ruang interior dan eksterior kereta. Kakisan yang teruk pada mekanisme enjin atau brek misalnya, boleh menyebabkan kerosakan. Kena stanby spray berciri penyahlembapan dan anti kakisan seperti 3M™ Anti-Rust Lubricant AR-100.

5. Pakaian selesa

tip kenderaan

Iklan

Pilihan pakaian yang selesa boleh membantu mood lebih happy. Jika memandu tengah panas, mesti rasa berbahang pada tangan lebih-lebih bila pendingin hawa kurang berkesan. Nah! Boleh pakai sarung tangan 3M™ Cool Arm Sleeves yang lembut ini untuk keselesaan.

6. Rehat jika penat

tip kenderaan

Belum sampai destinasi tetapi sudah mengantuk? Rehatkan diri di Rehat dan Rawat (R&R) berhampiran untuk regangkan diri selama 15 minit hingga 20 minit. Boleh juga tambah nilai kad Touch ‘N Go yang menyusut dan isi perut kosong.

So apa tunggu lagi? Jangan lupa periksa ya!