Makna di balik ‘Srikandi Cintaku’
JIKA bercerita mengenai sejarah muzik rock tanah air, nama Bloodshed semestinya tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik tempatan.
Band rock yang ditubuhkan di Kajang, Selangor itu antara perintis kepada era kegemilangan muzik rock tempatan sekitar era 1980-an.
Tidak keterlaluan jika SinarPlus rangkumkan, sekitar 1986 meraka antara kumpulan band rock yang mencetus kebangkitan muzik rock tanah air ketika itu.
“Dingin malam, tirai kenangan ku, menyerlahkan sekurun ingatan.Terciptalah rimba kehidupan, percintaan dalam perjuangan...”
Itu antara bait lagu Srikandi Cintaku yang dipopularkan oleh Bloodshed juga pernah menjadi siulan anak muda ketika era kegemilangan 'rock jiwang' pada 1980-an dahulu.
Malah, tidak boleh dinafikan lagu tersebut juga kekal popular sehingga kini sehingga menjadi pilihan buat kaki karaoke sekiranya ingin melepas gian menyanyi. Setuju tak?
Tapi, tahukah anda apa maksud di sebalik bait-bait lagu yang cukup indah di dengar itu? Jom SinarPlus kongsikan makna disebalik lagu Srikandi Cintaku seperti apa yang diterjemahkan mengikut fahaman sufitulungagung.
Sebelum itu, jom kita layan dulu lirik asal lagu ini.
Lirik Srikandi Cintaku
Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku
Hasil carian penulis di internet, penulis menemui makna yang telah diterjemahkan di sebalik lirik tersebut seperti apa yang telah diterbitkan oleh sufitulungagung sekitar tahun 2017. Terjemahan lirik tersebut dilihat lagu ini mempunyai mesej yang sangat dalam dan bersifat ketuhanan.
Seperti apa yang telah diterjemahkan adalah seperti berikut :
Makna di Balik Lagu Srikandi Cintaku by Bloodshed.
Perenungan dalam gelap pekat malam
Semua manusia juga pasti pernah berdosa
Tapi DIA Maha mengasihi dan mengampuni
Selama benar kita menyadari kesalahan
Keyakinan hanya kepadaNya adalah bekal
Menjalani setiap perintah dari Mu Tuhan
Semua telah dikehendakkan
Dan segalanya adalah takdir dariMu Tuhan
Seluruh alam menyeru padaMu
Sebagaimana kejadian awal penciptaan
Embun dan panas menjadi saksi
Pertemuan ku dengan Mu yang tiada akhir
Ketika ku di beri pertanda akan kematianku
Terasa sedih dan malu hatiku padaMu
Lalu ku merasa kesendirian
Hanya terdiam dan menunggu kedatangMu
Hanya dengan memohon ampunanMu
Dengan tiada henti menyebut namaMu
Semoga ku diberi kedamaian
Dan kuukir namaMu dalam hati dan ingatan
Ku coba mengembalikan jasad ini padaMu
Berusaha mensucikannya kembali
Dan ku yakin NamaMu selalu ada di jiwaku
Selamanya dan tak akan pernah terganti
Ku ingati semua dosa masa lalu
Menyadarkan dari semua impianku
Cintaku padaMu yang penuh perjuangan
Kerana Kau yang Maha abadi selamanya
Maka itu lah yang boleh penulis terjemahkan dengan apa yang telah dikongsikan oleh sufitulungagung. Tapi itu adalah fahaman beliau sahaja. Mungkin fahaman dan pandangan orang lain juga berbeza. Jika anda juga ada terjemahan dan fahaman anda sendiri tak salah kongsi dengan kami. Jom komen di ruangan komen di bawah.
Rujukan : sufitulungagung
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang