“Mana iman, mana akidah!” Ashraf Muslim bengang beraninya tauke judi online buat video ajak judi

April 16, 2021
Oleh Azma ML

TULAR di media sosial video lagu raya yang mempromosikan judi online. Aktor Ashraf Muslim meluahkan rasa marah dan kecewa.

Kemurniaan bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan insiden sebegini. Ashraf melalui perkongsian video di  Instagram turut tag beberapa pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta Semboyan Malaysia.

 Makin menjadi-jadi

“Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yang penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tengok ni telah merosakkan bulan yg suci ini.

“Kurang ajar lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa!,” kongsi Ashraf di Instagram.

Artikel berkaitan: Covid-19 Membimbangkan, KKM Cadang Tangguh Rentas Negeri Aidilfitri. KPN Arah Perketat Rentas Negeri Serta Merta

Mana iman dan akidah

Ashraf juga kesal dengan tindakan para pelakon yang terlibat dalam video berkenaan. Tambahan pula bait liriknya yang terang-terangan mempromosikan judi atas talian.

Iklan

Judi itu haram!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni! Aku tak tahulah, yg berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani plak nak promosi macam ni. Kalau lah korang ni islam, menjawablah dengan Allah swt.

Anasir merosakkan Islam

Pekongsian ini katanya hanya sekadar untuk memaklumkan dan mendidik masyarakat tentang bahayanya anasir-anasir halus yang bertujuan merosakkan agama Islam.

"Aku post video ni bukan utk korang main judi atau nak promote bisnes dierg tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan islam secara halus. Dan media sosial adalah tempat yg mudah utk mereka sampaikan. Video ni adalah jahat sama sekali dan ini adalah salah!" tulis Ashraff.

Iklan

Berani kerana benar.

وَلَا تَلۡبِسُوا۟ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُوا۟ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ﴿ ٤٢ ﴾

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42)

Al-Baqarah, Ayat 42

Mohon pihak berkuasa ambil tindakan

Aktor ini juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada semua pihak yang terbabit. Katanya, perkara ini tidak dapat dimaafkan oleh masyarakat Islam kerana melanggar sensitiviti muslim dan memalukan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam video ini. Daripada yang buat idea ,klien yang terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yang terlibat dengan video ini.

“Ia memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat islam. Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama islam sebagai agama rasmi,” kata Ashraf mengakhiri post tersebut dengan tanda pagar #Beranikeranabenar

Diharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Jangan kerana terlalu mahukan wang, semua yang haram pun dilanggar. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Sumber: Ashraf Muslim