TERDAPAT kajian dibuat yang mana makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5 kilogram (kg) dalam tempoh masa cuma seminggu.

Lebih menarik, diet cara itu tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk mendapatkan hasilnya

Maka tak hairanlah diet makan pisang itu menjadi begitu popular selepas seorang pengamal perubatan tradisional, Hitoshi Watanabe kongsikan menerusi bukunya yang berjudul “The Morning Banana Diet”.

Manfaat pisang dan air masak yang ramai tak tahu, pengamal perubatan tradisional kongsi rahsia

Menurut Watanabe, pada waktu pagi kita cuma perlu makan pisang dengan minum air masak sahaja dan seterusnya boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah bukan?

Orang gemuk biasanya dinasihatkan supaya melakukan senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi Watanabe membantu mereka mengelakkan penyeksaan pagi dengan mencadangkan penyelesaian yang sangat mudah iaitu makan pisang segar dan minum segelas air pada waktu pagi.

Iklan

Manfaat pisang dan air masak yang ramai tak tahu, pengamal perubatan tradisional kongsi rahsia

Disebabkan pisang sarat dengan kanji, ia mampu membuatkan kita rasa kenyang sekali gus mampu merangsang proses penurunan berat badan.

Iklan

Berapa banyak pisang perlu dimakan untuk diet sarapan pagi?

  • Tidak ada peraturan ketat yang perlu diikut, hanya makan pisang secukupnya yang mana akan membuat kita rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
  • Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme dalam tubuh badan kita.
  • Selepas meminum segelas air, tunggu selama satu jam dan disusuli dengan pengambilan pisang. Jika korang masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan korang makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
  • Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah diambil sebelum jam 8 malam.
  • Tidur awal dan tidur yang cukup itu juga sangat penting kerana ahli-ahli sains percaya bahawa jika seseorang itu tidur lewat, ia berisiko untuk menghidapi obesiti. Jadi awas! Jangan tidur lewat!
  • Untuk makan tengah hari dan malam, menurut Watanabe, kita boleh makan apa sahaja tetapi jangan berlebih-lebihan. Jika masih lapar, Cuma amalkan pengambilan buah-buahan lain selain nasi.

Manfaat pisang dan air masak yang ramai tak tahu, pengamal perubatan tradisional kongsi rahsia

Apa yang membuat diet pisang begitu istimewa?

  • Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
  • Pisang buah juga murah dan mudah untuk didapati, jadi kita tidak perlu membazir wang untuk membeli pelbagai produk sampingan yang mahal.
  • Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan kita daripada makan berlebihan pada waktu siang.
  • Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme dan jauh lebih baik daripada pengambilan kopi.
  • Elakkan makan selepas jam 8 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam.
  • Mengurangkan pengambilan alkohol. Diet pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.

Selamat mencuba!