SISTEM pencernaan yang sihat memainkan peranan penting untuk perkembangan dan tumbesaran si manja.

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.

Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu.

Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, kita akan sedar akan kerut dan dengus apabila dia sedang membuang air besar.

Masalah bayi sembelit, ini penting apa ibu bapa perlu tahu

3 faktor ni antara yang selalu buatkan masalah sembelit yang sering dihadapi oleh bayi antaranya adalah seperti :

Iklan
  • Masalah dehydration.
  • Bayi baru sahaja tukar susu ibu ke susu formula.
  • Berkemungkinan juga bayi baru mula makan makanan pelengkap (weaning diet).

Jadi, ibu bapa dan penjaga penting perlu pastikan:

  • Bayi korang dapat susu dalam kuantiti yang mencukupi.
  • Mana yang bancuh susu formula tu, pastikan ikut betul-betul arahan sukatan yang telah disyorkan supaya tubuh bayi kita dapat jumlah air yang secukupnya melalui susu formula tadi.
  • Bayi berusia 6 bulan ke atas, selain susu, kita dah boleh mula berikan minum air.
  • Untuk si comel yang dah mula makan, berikan juga diet yang mengandungi serat supaya nanti najisnya jadi lebih lembut. Antaranya sayur broccoli dan buah-buah seperti pear, prun dan epal.

Kalau korang dah buat semua tu namun sembelit tu masih jugak berpanjangan, bawalah bayi tersebut untuk dapatkan pemeriksaan ya.

Iklan

Semoga bermanfaat.

Sumber : Telegram Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)