PERNAHKAH korang mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba? Pasti pernah bukan tambahan pula situasi tersebut juga ada kalangan berpunca dari cuaca panas dan tidak menentu seperti hari nin.

Selain itu, bagi kanak-kanak, masalah itu bukan sesuatu yang asing, namun pendarahan tanpa henti pada hidung mengundang panik dalam kalangan orang dewasa. Tapi apakah punca sebenar kita mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba?

Memetik laporan doctoroncall, pendarahan hidung biasanya disebabkan oleh perkara-perkara perkara seperti:

1. Tabiat mengorek hidung

Tabiat mengorek hidung boleh menyebabkan pendarahan. Ini adalah kerana tekanan yang kuat ketika mengorek hidung boleh memecahkan pembuluh darah kecil atau kuku atau objek tajam yang digunakan boleh mencederakan struktur yang lemah ini.

2. Hentakan pada hidung

Disebabkan struktur pembuluh darah pada permukaan dalam hidung adalah lemah, sebarang hentakan kecil atau besar pada kawasan hidung boleh menyebabkan hidung berdarah.

3. Menghembus hidung terlalu kuat

Tekanan yang terhasil daripada hembusan hidung terlalu kuat, atau terlalu kerap juga boleh mencederakan saluran darah hidung lalu menyebabkan pendarahan.

Masalah hidung berdarah dengan tiba-tiba, ini puncanya dan apa yang perlu kita buat!

Oleh itu kita tidak disarankan untuk melakukan perkara ini jika kita selsema atau mengalami gejala hidung tersumbat.

4. Cuaca panas

Cuaca panas menyebabkan saluran darah mengembang dan ini menyebabkan pendarahan lebih mudah untuk berlaku.

5. Udara yang sejuk dan kering

Hidung mudah berdarah ketika cuaca panas, namun cuaca sejuk juga boleh menyebabkan gejala ini.

Udara yang sejuk dan kering menyebabkan kerengsaan terhadap saluran darah pada hidung. Sebab inilah kita merasa pedih apabila bernafas dalam cuaca sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin atau ketika musim sejuk di negara-negara empat musim.

Iklan

Sesetengah wanita juga mengalami hidung berdarah ketika hamil. Ini adalah disebabkan oleh salur darah yang lebih mengembang dan isipadu darah yang lebih banyak ketika kehamilan.

Masalah hidung berdarah dengan tiba-tiba, ini puncanya dan apa yang perlu kita buat!Biasanya pendarahan hidung yang disebabkan oleh perkara-perkara di atas adalah berpunca daripada saluran darah hidung yang kecil di permukaan dalam hidung.

Pendarahan yang berlaku akibat kecederaan saluran darah ini biasanya adalah kecil dan mudah berhenti.

Iklan

Namun begitu terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak berpunca daripada saluran darah yang lebih besar dan dalam, contohnya:

  • Trauma atau hentakan pada kepala.
  • Pendarahan selepas prosedur pembedahan pada hidung.

Pendarahan hidung juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:

  • Masalah pembekuan darah akibat penyakit darah seperti leukemia atau kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat cair darah.
  • Terdapat objek asing di dalam hidung biasanya terjadi kepada kanak-kanak.
  • Ketumbuhan di dalam hidung seperti tumor.

Selain itu terdapat juga panduan khusus untuk rawatan segera bagi masalah hidung berdarah yang boleh kita buat seperti:

  • Duduk dan tunduk ke hadapan.
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit.
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata.
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah sudah berhenti.
  • Elak daripada bersin, menghembus atau mengorek hidung.
  • Elak atau kurangkan makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan keradangan pada lapisan hidung.
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.