Maskot Komanwel 2022 hasil ‘air tangan’ kanak-kanak warga tempatan

A
A
A

MALAYSIA Boleh! Slogan tersebut sangat sinonim dan dekat dalam kalangan rakyat Malaysia yang mana ia menggambarkan kebolehan dan kemampuan dalam menghadapi apa jua halangan mahupun cabaran.

Slogan itu pada mulanya diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pada asalnya ia sinonim dikaitkan dengan sukan.

Sejak itu, ia terus digunakan untuk pencapaian-pencapaian Malaysia dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan, ekonomi mahupun pencapaian individu rakyat Malaysia.

Slogan ini mula popular sekitar awal 90-an, ketika Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Uber pada 1992, penyertaan Malaysia ke kejohanan Olimpik di Sepanyol pada tahun yang sama dan kejohanan Sukan SEA di Singapura pada tahun berikutnya.

Maka jelas terbukti dengan segala pencapaian yang diperoleh, slogan Malaysia Boleh juga telah menyaksikan pelbagai pencapaian dicipta sekali gus mampu mengharumkan nama negara dalam pelbagai kategori.

Tidak kira usia, pangkat mahupun latar belakang seseorang individu itu mampu membawa nama negara ke peringkat yang boleh dibangsakan.

Terbaharu, lukisan kanak-kanak kelahiran Malaysia yang menetap di Britain telah dipilih menjadi maskot rasmi Temasya Sukan Komanwel 2022 yang akan berlangsung di bandar Birmingham tahun depan.

Wow! Bukan calang-calang dik, maskot rasmi untuk sukan bertaraf antarabangsa! Tahniah!

Menurut laporan Badan Penyiaran British (BBC), maskot bernama Perry itu dipilih selepas Emma Lou yang baru berusia 10 tahun memenangi pertandingan melukis maskot peringkat kebangsaan pada musim panas tahun lalu.

Maskot Komanwel 2022 hasil ‘air tangan’ kanak-kanak warga tempatan

Emma yang dilahirkan di Malaysia bagaimanapun kini menetap di Birmingham selepas ibu bapanya berpindah ke Britain pada 2017.

Maskot itu diberi nama bersempena kawasan Perry Barr di Birmingham, yang mana Stadium Alexander akan menjadi tuan rumah acara olahraga dan upacara pembukaan serta penutupan temasya tersebut.

“Saya berasa seperti sedang bermimpi apabila diberitahu lukisan saya dipilih sebagai maskot rasmi sukan Komanwel 2022.

“Saya memilih maskot lembu kerana Bullring adalah mercu tan­da Birmingham dan saya teruja untuk masyarakat luar melihat maskot rekaan saya di temasya itu kelak,” kata Emma.

Sukan Komanwel Birmingham akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.

Tahniah adik Emma! Teruskan usaha dan jangan sesekali sia-siakan bakal yang dimiliki. Chayok-chayok!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca