Masya-ALLAH! Keunikan Tengah Hari Tanpa Bayang di Selangor, Putrajaya, KL, 8 info menarik mengenainya

A
A
A

MUNGKIN ramai yang tidak pernah mendengar Tengah Hari Tanpa Bayang. Fenomena jarang berlaku ini boleh disaksikan pada tengah hari ini di beberapa lokasi di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi berkongsi fenomena itu merupakan susulan daripada peristiwa Ekuinoks yang berlaku pada 21 Mac lalu apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Berikut lapan info perlu anda tahu kejadian alam yang unik dan menakjubkan ini:

1-Fenomena tanpa bayang atau ekuinoks terjadi apabila matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan.

2-Tengah Hari Tanpa Bayang dapat disaksikan di kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti Pontianak, Indonesia dan Quito, Equador pada 21 Mac lalu.

3-Manakala di Malaysia, fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks iaitu seperti berikut:

  • Putrajaya:28 Mac 2023
  • Kuala Lumpur: 29 Mac 2023

4-Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor menguar-uarkan agar orang ramai sama-sama menyaksikan peristiwa ini di beberapa lokasi di Selangor:

  • Baitul Hilal Bukit Jugra: 28 Mac 2023 (1.19 tengah hari) dan 16 September 2023 (1.09 tengah hari)
  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah: 28 Mac 2023 (1.19 tengah hari) dan 15 September 2023 (1.09 tengah hari).
  • Baitul Hilal Bukit Malawati: 29 Mac 2023 (1.20 tengah hari) dan 14 September 2023 (1.10 tengah hari)
  • Balai Cerap Selangor:  30 Mac 2023 (1.21 tengah hari) dan 13 September 2023 (1.12 tengah hari)

5-Fenomena ini berlaku ketika waktu tengahari iaitu dua minit sebelum masuk waktu solat Zohor.

6-Perhatikan tiada bayang yang terbentuk bagi satu objek yang tegak. Keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari (ميل الشمس) bersamaan dengan latitud tempatan (عرض البلد).

7-Firman ALLAH SWT dalam surah al-Furqan ayat 45:

اَلَمْ تَرَ اِلٰى رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّۚ وَلَوْ شَاۤءَ لَجَعَلَهٗ سَاكِنًاۚ ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيْلًا ۙ

Maksudnya: Tidakkah engkau memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) bayang-bayang; dan sekiranya Dia menghendaki, nescaya Dia jadikannya (bayang-bayang itu) tetap, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk

8-Marilah sama-sama kita perhatikan tanda-tanda kekuasaan ALLAH yang mengatur perjalanan matahari dan sekalian makhlukNya sambil memuji dan membesarkan ALLAH SWT.

Sumber: /photo/1" target="_blank" rel="noopener">MOSTI, Jabatan Mufti Negeri Selangor

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca