PERNAH tak melalui situasi yang mana mata berkerdip atau berdenyut-denyut dengan sendiri atau berlanjutan dalam tempoh tertentu? Pastinya situasi tersebut merimas dan lebih menganggu jika ia tidak boleh dikawal.

Kalau nak tahu, situasi tersebut ada nama saintifiknya yang mana ia dipanggil Uncontrollable Eyelid Spasms. Situasi tersebut berlaku dek kerana otot mata sebenarnya sedang mengalami kekejangan.

Tempoh masa yang diambil sepanjang berkedip atau berdenyut itu bergantung pada kondisi kekejangan yang berlaku ke atas mata itu sendiri.

Namun, jangan risau orang ramai tidak akan sedar atau perasan tentang kondisi mata kita melainkan jika dia memang tenung atau perhatikan setiap gerakan mata kita. Tak mungkin la kan?

Biasa bab-bab tenung mata sampai nak tembus ke dalam anak mata ni zaman-zaman bercinta je kan. Haha!

Mata kerap berkerdip-kerdip, perlukah jumpa Doktor?

Kebiasaannya kerdipan pada mata dialami kebanyakan individu berlaku tanpa dijangka atau tidak dikawal menyebabkan ramai beranggapan ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan orang tua sehingga pelbagai teori dan andaian timbul. Ada andaian yang baik tapi tak kurang juga dengan sebaliknya.

Namun, menurut sumber, ini adalah sebab mengapa mata kita berkerdip dan antaranya adalah seperti:

  • Mata kita terlalu stress ataupun penat.
  • Kafein atau pengaruh alkohol.
  • Mata kekeringan.
  • Alahan.
  • Mata terlalu letih kerana terlalu lama menatap gajet atau apa-apa yang boleh menfokuskan mata.

Memang ‘penyakit’ ini tidak dinafikan mengganggu terutamanya jika kita sedang sibuk membuat kerja dan memerlukan penggunaan deria tersebut.

Iklan

Namun, jika perkara tersebut tetap terjadi, apa yang perlu kita lakukan? Jika berlaku korang boleh cuba beberapa langkah mudah ini antaranya :

  • Ambil sedikit masa untuk berehat dan lakukan sedikit senaman mata atau Yoga.
  • Pergi tenung atau pandang pemandangan, tumbuh-tumbuhan atau apa sahaja objek warna hijau.
  • Jika korang pencinta kopi atau minuman berkafein, cuba kurangkan sedikit atau jangan ambil terus minuman tersebut.
  • Tinggalkan sekejap komputer atau lakukan ’20-20-20 rule’ dengan 20 minit memandang skrin komputer atau handphone, 20 saat pandang pemandangan yang jauh 20 kaki.
  • Dapatkan ubat titis mata daripada farmasi atau dikawal oleh pakar perubatan.

Adakah ia bahaya dan perlu jumpa doktor?

Jika berdenyut dalam keadaan terkawal dan atas beberapa sebab di atas, tidak perlu jumpa doktor atau pakar kerana isu seperti ini tidak seserius mana. Jadi, tidak perlu bimbang.

Iklan

Namun, sekiranya ia tidak terkawal, berlarutan, kerap dan tidak bertambah baik malah mula mendatangkan perubahan pada bahagian muka itu tandanya mungkin korang menghidapi penyakit neurological atau masalah neuron. Jadi, perlu segera jumpa doktor!
Pun begitu, jika ingin mendapatkan kesahihan adalah lebih baik berjumpa dengan pakar.

Sumber: ML Studios