BERBASIKAL adalah antara aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini dan boleh dikatakan setiap minggu pasti ada sahaja acara yang dianjurkan pelbagai pihak untuk disertai orang ramai.

Tambahan pula, ramai selebriti terkenal tanah air termasuk Datuk Sri Siti Nurhaliza juga gemar memuat naik gambar ketika melakukan aktiviti berbasikal setiap hujung minggu membuatkan ramai followernya turut mengikuti jejak langkah serupa.

Namun, sejak peningkatan kes pandemik Covid-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia sedikit sebanyak membantutkan keinginan orang ramai untuk melakukan aktiviti tersebut.

Tambahan pula Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan garis panduan untuk beberapa aktiviti sukan yang dibenarkan dengan SOP yang ketat termasuk berbasikal.

Naik basikal, kalau kemalangan dengan kereta boleh sebabkan kecederaan otakTerbaharu, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dilaporkan bakal menganjurkan satu program yang dinamakan Pasar Basikal (Bike Market) pada 20 Mac ini!

Wow! Basikal pun sekarang ada pasar khas. Terbaik Matic!

Pengumuman tersebut dibuat oleh Matic menerusi laman Facebook rasmi mereka dan menyeru orang ramai untuk ikut serta.

“Buat semua penunggang, peminat, pengumpul basikal dijemput untuk memeriahkan acara yang julung-julung kali kami anjurkan dengan pelbagai pengisian yang telah diatur.

Iklan

“Melalui program tersebut, pengunjung boleh membeli, menjual, atau menukar basikal, alat ganti, aksesori basikal dan bermacam-macam lagi,” menurut kenyataan tersebut.

Berikut ialah perincian program :

  • Tarikh: 20/3/2021 (Sabtu)
  • Masa: 4 petang sehingga 9 malam
  • Tempat: Lot 45, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Kami juga mengundang vendor-vendor di luar sana yang ingin turut serta bersama bagi memeriahkan lagi acara itu nanti.

Iklan

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 0392354800 atau 01137957535,” katanya.

Jadi, tunggu apa lagi, buat peminat basikal dan ‘kaki kayuh’ , jom ke Pasar Basikal!

Matic bakal menganjurkan PASAR BASIKAL (Bike Market) pada 20 Mac ini!

Buat semua penunggang, peminat, pengumpul…

Posted by Malaysia Tourism Centre (MaTiC) on Thursday, 11 March 2021