Maybank kongsi tip elak pengguna tertipu dengan laman web palsu

A
A
A

MEDIA sosial seperti Facebook, Twitter malahan juga aplikasi WhatsApp kumpulan baru-baru ini tular apabila terdapat individu mendakwa terdapatnya sebuah laman web perbankan atas talian iaitu Maybank2u palsu yang dicipta khas bagi tujuan menipu orang ramai.

Ya! Awas! Jika dilihat sekali imbas, amat sukar untuk mengenal pasti laman web palsu tersebut jika hendak dibandingkan dengan laman web yang sebenar.

Nampaknya scammer juga semakin licik mencipta laman web phishing yang kelihatan mirip dengan yang asli supaya kita mudah tertipu untuk memberi maklumat peribadi seperti nama pengguna dan kata laluan Maybank2u.

Maybank kongsi tip elak pengguna tertipu dengan laman web palsu

Namun, perkara itu juga akhirnya telah mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Maybank sendiri.

Pihak Maybank melalui akaun Twitter rasmi mereka mengambil pendekatan dengan isu tersebut dengan berkongsi beberapa tip kepada pengguna bagi mengelak daripada ditipu laman web palsu.

Sehubungan itu, pihak Maybank menasihatkan orang ramai dan juga para pelanggan supaya lebih peka serta lebih berhati-hati.

“Kami menasihatkan anda agar berhati-hati dan sila layari laman web kami dengan menaip http://maybank2u.com.my pada pelayar.

“Jika anda mencari ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui carian di Google atau sebagainya, pastikan anda periksa URL sebelum klik.

“Walaupun laman web kami akan selalu muncul sebagai hasil carian teratas, ianya adalah lebih selamat jika anda menaip URL terus ke pelayar,” menurut kenyataan tersebut di Twitter.

Hal itu kerana, ia lebih selamat berbanding kita menaip ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian di Google misalnya.

Maybank kongsi tip elak pengguna tertipu dengan laman web palsuNamun begitu, sekiranya sekiranya pengguna telah mendedahkan butiran log masuk Maybank2u di laman web palsu secara tidak sengaja, pihak Maybank juga menasihatkan agar segera hubungi mereka di talian 03-5891-4744.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca