McDonald's beri 100,000 cawan kopi latte ais percuma

A
A
A

SEMPENA sambutan Hari Kopi Antarabangsa baru-baru ini, McDonald’s Malaysia berbesar hati menawarkan 100,000 cawan kopi latte ais secara percuma melalui McDelivery.

Sebagai penghargaan, kira-kira 20 penunggang motosikal McDelivery hadir mengagihkan kopi dan beberapa menu lain kepada kakitangan Sinar Karangkraf di Shah Alam, Selangor Khamis minggu lalu.

Rombongan diketuai oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Hajjah Melati Abdul Hai dan disambut oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Pemangku Pengurus Jabatan Iklan, Airol Fadley Limin.

McDonald’s tawar 100,000 cawan kopi latte percuma MUHAMMAD NASIR (depan, tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama rombongan McDonald's yang hadir ke pejabat Sinar Karangkraf baru-baru ini.

Hajjah Melati berkata, bukan itu sahaja, pihaknya juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan Pandu-Lalu selain McDelivery.

Pada masa sama, beliau memberitahu, McDonald’s juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan ini termasuk Americano percuma (waktu sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald’s) dan hanya RM1.99 untuk menebus kopi latte ais saiz sederhana melalui aplikasi McDonald’s.

“Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s,“ katanya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca