Menara Kuala Lumpur ditutup sementara kepada pengunjung

Menara Kuala Lumpur ditutup sementara kepada pengunjung
Menara Kuala Lumpur ditutup sementara kepada pengunjung
A
A
A

BAGI sesiapa yang berhajat ingin melawati Menara Kuala Lumpur, perlu menangguh dahulu hasrat anda itu.

Ini kerana Menara Kuala Lumpur menutup sementara operasinya mulai 14 hingga 27 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu selari dengan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Penutupan sementara ini melibatkan semua operasi perniagaan, tarikan-tarikan dan kemudahan serta menangguhkan segala acara dan aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan ini (termasuk lawatan rasmi, lawatan sekolah, majlis-majlis dan lain-lain).

Artikel berkaitan: Warganet kongsi pengalaman duduk sebelah pesakit positif Covid-19

"Penutupan ini juga adalah bertujuan untuk menyokong usaha Kerajaan Malaysia dalam menangani dan menyekat penyebaran wabak Covid-19 daripada terus merebak.

"Menara Kuala Lumpur juga sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan para pengunjung," katanya.

Menara Kuala Lumpur sebenarnya adalah menara telekomunikasi paling tinggi di Asia Tenggara. Dibina dalam hutan simpan Bukit Nanas.

Di Menara Kuala Lumpur anda dapat menaiki ke dek pemerhatinya. Dari atas tempat ini anda boleh tengok pemandangan kota Kuala Lumpur yang cantik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca