HARI ini tanda palang atau hashtag #Si*****KauDengarSini dengan tidak semena-mena trending di Twitter dan menjadi bahan bualan warganet sejak malam tadi.

Segalanya bermula setelah salah seorang pengguna akaun Twitter @farhanazahan merungut apabila mendakwa dia sudah dua kali tidak berpeluang untuk makan malam kerana tidak dapat membuat pesanan makanan menggunakan khidmat pesanan penghantar makanan online.

Kejadian itu adalah disebabkan waktu operasi kedai makan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam.

Di bawah peraturan PKP, restoran atau kedai makan mesti menamatkan operasi pada jam 8 malam.

Begitu juga perkhidmatan penghantar pesanan makanan yang dibolehkan untuk menerima pesanan terakhir hanya pada jam 7.30 malam.

Sementara itu, dia juga mendakwa bahawa dirinya bukanlah seperti menteri yang memiliki pembantu rumah untuk sedia menyajikan makanan di atas meja makan setelah dia pulang dari bekerja.

Namun pengguna twitter lain yang dikenali sebagai @puterirajaawan memberi maklum balas awal berkenaan rungutan tersebut dengan menyuarakan pendapatnya bahawa kita tidak sepatutnya mengeluh, sebaliknya boleh membeli makanan lebih awal dan memanaskannya keesokan harinya.

“I tak paham orang yang buat masalah out of everything, next time order awal. Foodpanda /grab i think 7+ baru they tak terima order.

“You tau you balik kerja lambat, you order lah one day before pastu letak ler dalam fridge. Esok reheat je lah. If theres a will theres a way bro,” ciapnya di Twitter.

Maka bermulalah peperangan seterusnya setelah pandangan tersebut direspon oleh seorang wanita yang menggunakan akaun Twitter @yarafaee_ yang menulis “Si *****, kau dengar sini” bagi memulakan hujahnya.

Iklan

“Si bodoh, kau dengar sini, dengan business hour from 11-8pm tu seluruh rakyat malaysia ni order in between that time only tau.

“Kau tau tak sampai hang machine foodpanda dan grab tu? orang balik kerja tak ada masa nak masak sebab awal pagi esok dah kena pergi kerja balik,” ciapnya di Twitter.

Ciapan itu mendapat lebih daripada 14,200 ulang ciap dan 24,600 tanda suka sehingga artikel ini ditulis.

Pengguna Twitter lain kemudiannya mula menggunakan tanda pagar #Si*****KauDengarSini sehingga menjadi trending apabila rata-rata bersetuju dengan pendapat wanita tersebut.

Sehingga ada pengguna Twitter lain yang juga berkongsi masalah yang dihadapi dia dan keluarga apabila kedai makan ditutup awal.

Iklan

Jadi, apa pula pandangan korang?