PERHATIAN kepada pencinta kucing! Membela kucing sebagai binatang peliharaan juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang harus dititik beratkan.

Selain ada yang terpaksa berdepan dengan masalah alahan, terdapat juga beberapa jenis penyakit yang jika korang tak kenal pasti secara awal ia mampu menjadi bertambah serius atau lebih malang lagi ia juga mampu menyebabkan kematian.

Antara penyakit berkait rapat dengan si bulus yang kini sering diperkatakan dan penting untuk korang tahu ialah Cat Scratch Fever.

Cat Scratch Fever mampu membawa maut! Pencinta kucing, ini apa korang perlu tahu

Apa itu Cat Scratch Fever?

Memetik perkongsian Public health Malaysia menerusi akaun Facebook, kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella Henselae.

Menerusi posting tersebut, satu kajian yang telah dibuat menunjukkan 40 peratus kucing pernah dijangkiti dengan bakteria tersebut.

Apabila kucing menjilat luka atau mencakar korang, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria itu boleh masuk ke tubuh lalu menyebabkan seseotang itu mampu untuk dijangkiti penyakit Cat Scratch Fever.

Dalam tempoh tiga hingga 14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan sangat menyakitkan.

Cat Scratch Fever mampu membawa maut! Pencinta kucing, ini apa korang perlu tahu

Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan korang mungkin akan demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.

Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan tersebut boleh menyerang organ lain seperti mata, otak dan jantung.

Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.

Di US, setiap tahun 15,000 individu di jangkiti dengan penyakit ini. Sekiranya korang mempunyai sebarang luka, elakkan dari di jilat kucing. Jika korang di cakar kucing pastikan luka dibasuh segera dengan air sabun. Dapatkan pemeriksaan segera jika perlu sekiranya luka melarat.

Seperti apa yang perlah dilaporkan berlaku di Melbourne, Australia, seorang wanita warga emas meninggal dunia dipercayai akibat dicakar kucing peliharaannya sendiri.

Iklan

Menurut laporan Herald Sun, warga Australia berusia 80 tahun berkenaan dicakar kucingnya “Minty” sebelum haiwan tersebut bertindak menjilat luka pada wanita itu.

Keluarga wanita berkenaan menemui warga emas terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital di Melbourne.

Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia seminggu kemudian akibat jangkitan.

“Ini adalah masalah besar dan kini semakin kerap berlaku jangkitan tidak diketahui pada bahagian injap jantung hingga membawa maut jika tidak dirawat,” kata Lindsay Grayson, Pengarah Penyakit Berjangkit di Pusat Kesihatan Austin, Melbourne.

Iklan

Grayson memberi amaran mengenai bahaya jangkitan bakteria pada luka yang terbuka akibat dijilat oleh haiwan peliharaan.

Katanya, pemilik kucing perlu segera mendapatkan rawatan jika dicakar atau digigit oleh haiwan peliharaan.

“Sekurang-kurangnya satu kes jangkitan seperti yang berlaku ke atas wanita ini dilaporkan di hospital dalam tempoh seminggu,” katanya.

Jadi, korang perlu lebih berhati-hati. Jangan ambil mudah dan malang itu tidak berbau.