Menggeser gigi ketika tidur? Ini yang perlu anda tahu

A
A
A

"DOKTOR, anak saya ni, kalau dia tidur malam, dia selalu geser gigi dia. Gruk gruk gruk! Bunyi dia. Takut saya dengar!"

Begitulah perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi tentang kerisauan ibu bapa apabila anak tidur menggeser gigi.

Menurutnya, dalam istilah perubatan, ia dipanggil Bruxism iaitu pergerakan mengetap, menggesel atau mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.

"Ia boleh berlaku semasa tidur, mahupun semasa terjaga (terutamanya sewaktu leka, atau berangan).

"Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa," ujarnya.

Menurutnya, Bruxism ini ada banyak kemungkinan punca, antaranya:

  • Stres atau kebimbangan berterusan.
  • Gigitan(occlusion) yang tak sempurna.
  • Susunan gigi yang bermasalah.
  • Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy.
  • Posisi badan yang tidak betul.
  • Kecacingan.
  • Perubahan hormon.
  • Pengambilan alkohol dan dadah.

Kata Dr Kamarul Ariffin, jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan;

  1. Permukaan gigi haus.
  2. Gigi atau tampalan patah.
  3. Gigi terasa ngilu atau sakit.
  4. Sakit kepala.
  5. Sakit sendi rahang dan otot muka.
  6. Sakit telinga.
  7. Kualiti tidur terjejas.

Menggeser gigi ketika tidur? Ini yang perlu anda tahu

Justeru, bagi mengawal atau merawatnya, boleh mencuba;

  • Tuam tuala suam pada sendi rahang.
  • Tangani stress dengan baik.
  • Hentikan pengambilan alkohol.
  • Jika masih berlaku, jumpa doktor.

Jika berjumpa doktor atau doktor gigi, mungkin korang diberi rawatan;

  1. Ubah atau beri ubat.
  2. Tampalan semula gigi rosak.
  3. Occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam.

Baca juga Tangan sering berpeluh? Anda mungkin terkena tujuh penyakit ini

Selain itu, kata Dr Kamarul Ariffin juga, Bruxism dilaporkan boleh berlaku pada kanak-kanak yang gigi susu mula tumbuh, dan ketika gigi kekal pula hendak tumbuh. Jangan risau, ia boleh hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.

Jadi jika menyedari anak atau pasangan korang menggeser gigi ketika tidur, boleh lakukan tip yang telah dinyatakan di atas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca