MERIAH dan happening! Itu yang boleh digambarkan dengan sambutan ulang tahun yang ketiga SinarPlus hari ini.

SinarPlus merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad yang juga berbentuk portal memfokuskan tentang kehidupan khususnya wanita dan keluarga.

Bersempena sambutan tersebut, SinarPlus meraikan bersama para pembaca secara bersemuka di District 21 dengan kerjasama iOiCiTY Mall, Putrajaya, hari ini.

Baca juga: SinarPlus dijenamakan semula, fokus kepada trend gaya hidup wanita

Majlis berlangsung seawal jam 9 pagi dengan kehadiran kira-kira 150 orang peserta dan krew.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli, Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Timbalan Pengarah Urusan iOiCiTY Mall, Wilfred Wong.

Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin teruja melihat sambutan luar biasa oleh pembaca.

“Ini ulang tahun ketiga namun ia kali pertama kami menyambutnya di luar.

“Saya sangat teruja melihat para pemenang peraduan Live Your Life yang kami anjurkan Februari lalu aktif dan bertenaga hadir di District 21 ini.

“Sesuai dengan lifestyle masa kini yang aktif, agresif dan berani mencuba. Semua all out, mereka excited mengambil bahagian,” katanya.

Sementara itu, Meen juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja yang merealisasikan sambutan ulang tahun SinarPlus yang ketiga ini termasuklah penaja lokasi District 21 dengan kerjasama iOiCiTY Mall, Putrajaya, Kaymanbeauty, Bubbles02, OPPO dan TCRS.

Iklan

Baca juga: SinarPlus anjur peraduan ‘Live Your Life’ sempena ulang tahun ke-3, tawar hadiah menarik

Aktiviti menarik tersedia untuk para peserta mencabar diri termasuk The Maze, Stak Cube, Free Fall, Tubby Ride dan Balancing Board serta Shooting Ball.

Tuah menyebelahi Nurliyana Mohd Salih, 38, apabila berjaya membawa pulang hadiah utama berupa penginapan dua hari satu malam di Perdana Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur.

“Saya rasa bertuah kerana dapat menghadiri majlis sambutan ini dan memenangi hadiah utama Live Your Life sempena ulang tahun SinarPlus yang ketiga.

Iklan

“Memang menjadi impian saya untuk menang hadiah utama. Terima kasih SinarPlus kerana memilih saya,” ujarnya.

Terima kasih diucapkan kepada semua pemenang yang hadir dan menjayakan acara ini dan para penaja yang merealisasikan ulang tahun SinarPlus dengan penuh bertenaga. Semoga dapat berjumpa lagi pada acara yang akan datang. SinarPlus Live Your Life is the best!

Baca juga: 30 pemenang bertuah dicari! Sertai ‘Live Your Life’ bersama SinarPlus

Oleh: Siti Nor Faezah Muda, Azma ML

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi