MESIN basuh merupakan peralatan penting dalam kehidupan moden masa kini.

Peranti ini dapat memudahkan kerja mencuci pakaian seharian serta menjimatkan masa.

Penggunaan mesin basuh secara kerap dan dalam tempoh yang lama tanpa penyelenggaraan menimbulkan persoalan adakah mesin basuh korang bersih? dan bebas daripada kuman?

Penggunaan mesin basuh dalam tempoh lama dan terlalu kerap akan mengumpul segala daki, habuk, lumpur dan lain-lain kotoran daripada pakaian yang dicuci pada bahagian dalaman mesin basuh.

Lama-kelamaan kotoran yang tersimpan akan melekat pada baju yang dicuci.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kaedah mencuci mesin basuh – Secara DIY (Do it yourself)

1. Baking soda & cuka

2. Serbuk pencuci khas mesin basuh

mesin basuh

Caranya (untuk mesin automatik);

1. Tekan ON

Iklan

2. Pilih dan tekan program SOAK atau TUBE CLEANING. Kemudian, tekan START.

3. Apabila mesin sudah mula mengisi air sehingga tub hampir penuh, masukkan cuka dan soda bikarbonat atau serbuk pencuci khas mesin basuh.

4. Sukatan cuka dan soda bikarbonat itu boleh agak-agak sahaja. Memadai dengan memasukkan suku cawan cuka dan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat.

5. Selepas itu, tutup bahagian atas mesin basuh dan biarkan sehingga proses itu selesai.

Iklan

Kaedah mencuci mesin basuh secara manual;

1. Buka skru pada bahagian pintu atas badan mesin basuh.

2. Buka klip tepi drum.

3. Tanggalkan topi yang ada pada bahagian dalam drum.

Baca juga Sakit belakang, leher bila bekerja dari rumah? Kedudukan kerusi, komputer, kurang bergerak antara punca

4. Buka skru dalam tempat topi yang dibuka tadi.

5. Cabut plastik lantai drum.

6. Buka skru bahagian bawah drum.

7. Drum yang telah dibuka akan kelihatan sangat kotor, jadi cuci dan sental bahagian tersebut
selepas cuci, pasang balik semula.

Seelok-eloknya lakukan dua bulan sekali agar mesin basuh kita dapat berfungsi seoptimum mungkin.

Semoga bermanfaat!

Sumber: hairulvcool