Meta nama baru Facebook, berikut 10 info mengenainya

A
A
A

SYARIKAT gergasi teknologi, Facebook kini memiliki nama baru dikenali sebagai Meta.

Proses penjenamaan semula itu menampilkan metaverse sebagai evolusi dalam hubungan sosial.

Menerusi 75 minit penerangan secara maya, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan nama baharu dan mendedahkan rancangan untuk membina ‘metaverse’ iaitu dunia dalam talian di mana orang ramai boleh bermain, bekerja dan berkomunikasi dalam persekitaran maya.

Apakah pembaharuan dibuat selepas Facebook bertukar kepada Meta? Berikut 10 info mengenainya:

1-Ia yang melibatkan persekitaran maya (virtual reality) perkongsian yang akan menjadi pengganti kepada internet mudah alih.

2-Zuckerberg berkata ia juga melibatkan realiti berperantara (augmented reality, disingkatkan sebagai AR)

3-Beliau mennyifatkan penjenamaan semula sebagai Meta sebagai mencerminkan cita-citanya dengan teknologi ini.

4-Facebook,tahun ini akan melancarkan sepasang cermin mata pintarnya sendiri dengan Ray-Ban, mengumumkan pelbagai kemas kini produk AR dan VR baharu semasa Connect.

5-Ia termasuk cara untuk orang yang menggunakan set kepala Oculus VR untuk menghubungi rakan menggunakan Facebook Messenger dan untuk menjemput orang lain ke versi sosial rumah mereka, yang digelar 'Horizon Home.'

6-Sama seperti pelancaran semula Google sebagai Alphabet pada 2015, Facebook akan mewujudkan sebuah syarikat baharu yang akan merangkumi semua jenama sedia ada, termasuk Facebook, Instagram, Whatsapp dan Oculus; jenama itu sendiri akan kekal sama, kata Zuckerberg.

7-Metaverse adalah istilah yang dicipta dalam novel dystopian 'Snow Crash' tiga dekad yang lalu dan kini menarik perhatian ramai di Silicon Valley.

8-Nama Meta adalah asal dari perkataan Yunani yang bermaksud ‘melampaui sesuatu’. Ia melambangkan bahawa sentiasa ada sesuatu yang perlu dibina.

9-Penjenamaan semula itu tidak mengubah struktur korporatnya.

10-Difahamkan perubahan baru yang dilakukan itu tidak terpakai pada platform individunya, seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp, hanya syarikat induk yang memilikinya.

Terdahulu, Zuckerberg mengumumkan rancangan penjenamaan semula Facebook selepas bekas pekerja Facebook, Frances Haugen membocorkan dokumen yang menurutnya menunjukkan syarikat itu memilih keuntungan berbanding keselamatan pengguna.

Bca juga: Facebook, Instagram, WhatsApp kembali selepas lumpuh 6 jam, terima 10.6 juta laporan seluruh dunia

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Forbes, CNN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca