JIKA sebelum ini pencinta fesyen tempatan hanya terdedah kepada platform online fesyen seperti FashionValet atau Zalora untuk mendapatkan busana, tudung, kasut, beg atau variasi aksesori, kini anda memiliki opsyen yang lebih besar dan lagi menarik iaitu Modanisa.com.

Modanisa bukan sahaja bersifat antarabangsa, malah mengkhususkan kepada fesyen sopan khusus kepada Muslimah yang mementingkan aurat dan hijabista yang masih mahu kekal bergaya.

Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, Modanisa bukan platform biasa-biasa kerana ia merupakan satu hub yang menjadi tumpuan Muslimah di 140 negara.

Jenama antarabangsa Turki itu yang baru menyambut ulang tahun ke-10 itu telah menjadikan Malaysia sebagai tapak permulaannya menembusi pasaran Asia Tenggara dengan pelancaran rasmi laman web dan platform aplikasi di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Berikut 10 sebab para hijabis dan fashionista perlu memilih Modanisa sebagai singgahan dan hentian pembelian secara dalam talian terkini anda:

i) Ketua Pegawai Eksekutif Modanisa.com, Kerim Türe merupakan salah seorang 50 Pemimpin Ekonomi Islam di dunia. Maka, kredibiliti beliau sangat diyakini.
Aspirasi Kerim cukup jelas. Katanya, Modanisa.com mahu menawarkan rangkaian fesyen sopan bergaya dan anggun bukan sahaja kepada wanita Islam waima bukan Islam yang arif tentang fesyen serta inginkan gaya yang trendy tanpa menjejaskan kesopanan.

Busana kami menggabungkan unsur tradisional dan kemodenan. Kami menawarkan busana fesyen sopan wanita yang mematuhi syariah iaitu menutup bahagian tubuh dan anggota, mempunyai gaya-gaya unik berinovatif serta potongan yang bergaya”.

ii) Pelanggan boleh membina gerobok fesyen idaman dengan mudah dengan menggunakan aplikasi Modanisa untuk mengakses 75,000 produk daripada senarai 850 jenama global.

iii) Terdapat beberapa kategori produk iaitu:

a) Pakaian wanita seperti sut, jubah, seluar, loungewear dan lingerie.
b) Pakaian untuk ke majlis seperti gaun, dress, sut formal dan skirt.
c) Pakaian plus size.
d) Pakaian sukan seperti sut balapan, sut peluh dan seluar legging.
e) Penutup kepala.
f) Pakaian renang.
g) Pelbagai hijab termasuk tudung dan penutup kepala (bonnet).
h) Variasi aksesori.


iv) Pilihan pakaian dengan gaya kontemporari, bermutu tinggi, malar segar dan sofistikated.

v) Harga? Ya, semestinya mampu milik. Fashionista dan hijabista daripada golongan berpendapatan sederhana juga boleh membelinya.

vi) Menawarkan fesyen sopan daripada jenama mewah ke jenama high streets.

vii) Jenama-jenama di bawah Modanisa.com terdiri daripada pendatang baharu dalam industri hingga ke jenama fesyen sopan yang ternama dan utama di dunia termasuk TUVA, BENIN, REFKA, TAVIN, Everyday Basic, Luvic dan label plus-size ALIA – semuanya label persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh Modanisa.com.

viii) Modanisa.com telah mengungguli anugerah kategori Seni Islam dalam Anugerah Ekonomi Islamik di Dubai dan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa di bawah kategori E-dagang dan Pengalaman Digital pada tahun 2017 dan 2018 masing-masing.

Iklan

ix) Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Andrew Tan turut memberikan sokonganya kepada Modanisa.com kerana menampilkan pertunjukan fesyen mereka di platform maya.

x) Modanisa.com merupakan antara 8 platform online fesyen terbaik di Asia, lapor Harpers Bazaar.

Menurut Kerim, Laporan Digital Malaysia 2019 telah menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia untuk berbelanja lebih tinggi melalui platform e-dagang berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, kecuali Singapura.

Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa 26 juta daripada 32 juta jumlah penduduk Malaysia adalah pengguna internet yang aktif. Tambahan pula, 80 peratus pengguna Malaysia berusia di antara 16 dan 64 membeli-belah secara online,” katanya ketika diwawancara secara virtual sempena Majlis Pelancaran Modanisa.com baru-baru ini.

Pada majlis itu juga, selebriti ternama tanah air iaitu Mira Filzah, Iman Troye dan Dahlia Rizal memperagakan beberapa busana menarik dalam katalog Modanisa.

Pertunjukan fesyen maya tersebut menyusuli Minggu Fesyen Sopan Modanisa di London, Dubai, Jakarta dan Istanbul.
Kerim menambah, golongan Muslimah merupakan pengguna fesyen sopan yang paling ramai di dunia, dengan nilai pasaran mencecah AS$$283 bilion (RM1.17 trilion) pada tahun 2018.

Iklan

“Angka ini dijangka meningkat ke AS$402 bilion (RM1.67 trilion) pada tahun 2024. Di samping itu juga, pasaran untuk golongan Muslimah yang bekerja berpotensi untuk mengaut trilion dollar,” katanya.

Satu persoalan? Di mana ruang dan peluang untuk pereka-pereka tempatan yang menerajui jenama besar seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Naelofar dan beberapa nama lagi?

Ujar Kerim, pihaknya sangat mengalu-alukan penyertaan jenama-jenama local menyertai platformnya yang bertaraf dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Modanisa.com, sila layari laman web https://www.modanisa.com/en/ atau muat turun applikasi melalui Google Play Store atau Apple App Store.