PRIHATIN dengan mereka yang terjejas dan hilang pekerjaan terutamanya di musim pandemik Covid-19 ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperkenalkan bantuan baharu iaitu Musaadah Tijariyyah 2021.

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan dengan sasaran penerima seramai 5,000 orang.

Bantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Bantuan ini akan diberikan kepada penjaja atau peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan ini memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Syarat permohonan Musaadah Tijariyyah;

1. Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
4. Tertakluk kepada Had Kifayah
5. Mempunyai pendaftaran SSM 2 bulan dan ke atas
6. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini

Dokumen diperlukan;

  • Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan
  • Transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

Mohon sekarang! Bantuan modal perniagaan MAIWP 2021

Jenis bantuan perniagaan yang boleh dimohon melalui Musaadah Tijariyyah adalah;

  • Makanan dan minuman.
  • Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah).
  • Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan).
  • Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan.

Lokasi perniagaan;

1. Premis perniagaan boleh samada di dalam atau luar Wilayah Persekutuan.

2. Premis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:

i) Perniagaan bergerak
ii) Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor

Tarikh permohonan adalah bermula 25 Mac 2021 (Khamis) hingga 5 April 2021 (Isnin).

Kadar atau jenis bantuan yang akan disalurkan adalah dalam bentuk modal pusingan.

Iklan

Bagi lain-lain tujuan seperti menyelesaikan tunggakan sewa kedai, hutang dengan pembekal dan lain-lain, bantuan tidak akan dipertimbangkan.

Baca juga Kurangkan gula secara drastik untuk diet boleh bawa mudarat!

Ini cara memohon bagi mereka yang berminat;

i) Secara Online

Melalui pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/

Iklan

ii) Secara Manual

Melalui kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP, Pusat Agihan Zakat dan juga cawangan MAIWP di Putrajaya dan Labuan.

Maklumat lanjut boleh hubungi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di talian 03- 4047 9444.

Jadi, mohonlah segera! Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Baitulmal MAIWP