Mohon sekarang! Bantuan MyKasih Kapital, modal perniagaan untuk wanita

A
A
A

BERITA baik buat golongan wanita! Korang kini boleh memohon bantuan MyKasih Kapital iaitu modal perniagaan berjumlah RM1,000 khas untuk golongan wanita.

Program bantuan MyKasih Kapital ini merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac lalu.

Bantuan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Ia juga sebagai insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan.

Selain itu, pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

6 teknik simpan duit berkesan, boleh cuba untuk saat kecemasanKerajaan juga akan menambah inisiatif MyKasih Kapital dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 penerima berkelayakan.

MyKasih Kapital ini diberikan untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak Covid-19 melalui bantuan modal perniagaan.

Dalam pada itu, ia juga membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.

Syarat kelayakan MyKasih Kapital;

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Golongan wanita sahaja.
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian.
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit.
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Baca juga Jalan mudah untuk kumpul duit raya dengan hanya satu langkah mudah

Mohon sekarang! Bantuan MyKasih Kapital, modal perniagaan untuk wanita

Cara permohonan;

Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui pautan di https://bit.ly/3wYTq1m.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Yayasan Kebajikan Negara, Aras 8, Bangunan KPWKM, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 61200 Putrajaya.

Nombor telefon : 03 – 8323 2433

Laman web : https://yknm.org.my/

Semoga bermanfaat!

Sumber: eCentral

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca