iv) Majlis Pertubuhan Perubatan Amerika Syarikat Mengenai Hal-ehwal Saintifik mengklasifikasikan MSG adalah selamat untuk digunakan.Jadi, sudah terang lagi bersuluh, MSG bukan racun dalam menghasilkan makanan yang sedap.
“Selain daripada melazatkan makanan, ia juga meningkatkan selera makan seterusnya menggalakkan pengambilan nutrisi terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan juga warga emas.
Bukan itu sahaja, tambah pakar itu, pengambilan MSG juga akan mengurangkan pengunaan garam sebanyak 30 peratus dan mengelakkan pengunaan gula dalam memberi keseimbangan rasa kepada makanan.
Buktinya, kajian terkini mendapati pengambilan MSG juga boleh membaiki penghadaman makanan berprotein dalam perut oleh kerana terdapatnya banyak reseptor glutamat dalam perut.
Namun demikian, pesan Dr Fatimah, berpada-pada juga dalam pengambilan MSG untuk mendapatkan kelazatan optimum, mendapat sistem penghadaman yang baik dan yang paling penting adalah tidak mengganggu keseimbangan bahan kimia dalaman badan.
“Ingat, segala yang berlebihan itu berpotensi menjadi mudarat. Kenali badan sendiri, jika punyai alahan dengan MSG, maka elakkan,” pesannya.
Pun demikian, Dr Fatimah turut mengakui sememangnya keburukan mengenai MSG telah menjadi mitos yang sukar dibetulkan dalam minda masyarakat.
Oleh yang demikian, artikel ini bukan bertujuan untuk mengalakkan agar orang ramai mengambil MSG, namun ia lebih kepada perkongsian untuk membetulkan persepsi dan menyampaikan ilmu yang lebih tepat sahaja. Semoga bermanfaat!