Mudah benar ceroboh dan buat duit, warga maya luah rasa geram data peribadi dijual

A
A
A

KALAU tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Baru-baru ini tular berita yang mendedahkan pangkalan data mengandungi maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan alamat tetap, nombor telefon bimbit serta alamat e-mel milik kira-kira empat juta rakyat Malaysia didagangkan di sebuah forum.

Perkara itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan warga maya yang rata-rata meluahkan kecewa dan geram.

Ada juga yang menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan diri dan keluarga jika perkara itu benar-benar terjadi.

- “Kecuaian yang tidak boleh di terima…”

- “Jahatnya manusia ini. Tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.”

- “Pernah agen insurans partner dengan bank call dia ada nombor kad pengenalan dan alamat saya. Sudah tak selamat, terus close akaun dengan bank tersebut. Sekarang guna aplikasi yang tolak nombor yang tidak dkenali.”

- “Woww..mudah benar dorang ceroboh dan buat duit.”

- “Diharapkan pihak berkuasa berkenaan dapat membuat siasatan serta dakwaan. Sekiranya benar dakwaan ini, moga individu/kumpulan terlibat dibawa kemuka pengadilan. Biar undang-undang tentukan hukuman yang sewajarnya dikenakan.”

- “Bahaya la sekarang makin canggih teknologi makin senang menjadi mangsa.”

- Nampak parah dah ni. Bagi pekerja bahagian terdedah rasuah setiap tiga bulan buat audit dalaman. Bagi yang meluluskan projek setiap bulan buat audit dalaman…”

Baca juga Cara Baru Scammer Sasar Pembeli Online. Ini 5 Langkah Lindungi Diri

Memetik laporan Sinar Harian, pangkalan data dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara itu mengandungi empat juta data peribadi rakyat Malaysia yang diperoleh daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

Ia dikatakan turut mengandungi gambar di dalam pangkalan data yang dikelompokkan mengikut tahun kelahiran bermula 1979 hingga 1998

Difahamkan, Februari lalu, penjual yang sama telah menyenaraikan pangkalan data yang mengaku berasal dari platform e-dagang tempatan serta daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Baca juga Lupa 'Check Out', Ketua Data CPRC Dedah Cara Data Diguna Dalam Sistem

Untuk pengetahuan semua, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau APDP merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Aduan boleh dilakukan sekiranya korang mendapati data peribadi disalah gunakan oleh individu atau organisasi tertentu.

Sumber: Sinar Harian, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, 1

Foto: Freepik, Rawpixel

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca