Mudah guna untuk rentas negeri, cetak sijil vaksin PDF di MySejahtera

Mudah guna untuk rentas negeri, cetak sijil vaksin PDF di MySejahtera
Mudah guna untuk rentas negeri, cetak sijil vaksin PDF di MySejahtera
A
A
A

UMUM maklum aplikasi MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19.

Ia dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Aplikasi itu juga turut sentiasa ditambah baik dengan pengenalan beberapa ciri baru.

Terbaharu, sijil vaksinasi kini boleh dicetak menggunakan dokumen Dokumen Mudah Alih (PDF) di aplikasi MySejahtera.

Pengguna boleh mencetak sijil vaksinasi mereka menggunakan tersebut untuk kegunaan rentas negeri atau negara. Mudahnya!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Normal baharu, MySejahtera kini ‘peneman sejati’

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan fungsi itu ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.

"Kemaskini terbaharu di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF," tulisnya di Twitter.

Baca juga ”Disangka aiskrim rupanya…”cecair pelbagai warna dalam plastik jentik hati warga maya

Beliau membalas ciapan yang dibuat seorang pengguna @khairycordoba yang menerangkan mengenai sijil digital yang boleh disimpan menerusi format PDF itu.

Selain itu, fungsi butang 'Aduan' juga fungsi baharu yang memudahkan orang ramai melaporkan sebarang bentuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di premis atau tempat yang mereka kunjungi.

Justeru, kekal patuhi SOP walau di mana pun korang kunjungi ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca