MUDAH! Pasti ramai yang gembira apabila sekarang Arab Saudi mengumumkan peraturan baharu untuk menunaikan umrah di Makkah.

Semalam, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersial kini akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara tersebut.

Peraturan baharu itu membolehkan pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) yang beragama Islam menunaikan ibadah tersebut sempena dengan Tahun Baru 1444 Hijrah.

Menurut laporan Agensi, berikut lima info mengenainya;

1. Ia juga bertujuan untuk membolehkan umat Islam menunaikan umrah dengan mudah di negara berkenaan.

2. Sistem baharu itu juga membenarkan umat Islam yang memperoleh visa pelancong sah untuk tempoh 12 bulan mengerjakan umrah.

3. Pemohon visa hendaklah dari negara-negara termasuk dalam kalangan negara yang layak untuk mendapatkan visa elektronik.

4. Menurut Saudi Gazette, pemegang visa lawatan keluarga dari negara yang berbeza juga boleh menunaikan umrah dengan menempah janji temu melalui aplikasi Eatmarna melalui saudara mereka semasa lawatan ke Arab Saudi dengan memohon melalui National Unified Visa Platform atau Platform Visa Bersepadu Nasional.

5. Untuk menunaikan umrah, para pelawat beragama Islam dikehendaki antaranya mendapatkan insurans kesihatan komprehensif termasuk perlindungan kos rawatan jangkitan Covid-19; kemalangan sehingga mengakibatkan kematian atau hilang upaya dan perbelanjaan kerana kelewatan atau pembatalan penerbangan.

Baca juga Bolehkah kubur dibina daripada marmar, simen, batu kapur ? Ini penjelasan agamawan yang wanita perlu tahu

Sementara itu, ini sedikit tip kemas keperluan umrah untuk wanita agar beg pergi tak berat, balik tak beranak yang dikongsi oleh Zuraida Lazni;

1. Bawa baju untuk satu hingga dua hari sahaja.

Selainnya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli, eh… ni cantik nyeeer.. terbeli.

2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak dua atau tiga kasut.

Konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap-silap sandal tercampak.

3. Bawa satu set telekung sahaja

Tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai.

4. Bawa disposable panties

Dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde. Susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.

5. Bawa panty liners

Sebab kat sana mahal.

6. Bawa stoking yang mudah wuduk

Jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai, kaki basah-basah.

7. Bawa satu atau dua helai instant tudung yang panjang.

Senang sarong… untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.

Baca juga Waktu berdoa paling mustajab hari Jumaat, ibu-ibu jangan lupa gunakan sebaiknya

8. Kalau sakit, pergi doktor yang travel agent dah bayar insurance… percuma.

Jangan beli ubat kat pharmacy, mahal, harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.

9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di pasar atau ladang kurma

Dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain-lain boleh cari di Bin Dawood.

Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.

Alhamdulillah, semakin mudah sekarang untuk umat Islam menunaikan ibadah umrah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.