DOA ibu sangat ampuh. Seperti mana mulianya taraf seorang ibu, demikian juga kemuliaan doa para ibu di sisi ALLAH SWT. Justeru, pada hari Jumaat, penghulu  segala hari ini ayuhlah para ibu berdoa untuk anak-anak dan orang yang tersayang.

ALLAH telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Justeru, ambil peluang waktu doa yang mustajab pada hari Jumaat.

Baca juga: Lazimkan diri berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW terutama pada hari Jumaat. Ini sebabnya

Baca juga: Ini dia ibu kepada segala doa… Amalkan dalam kehidupan seharian, insya-ALLAH dijauhkan daripada keburukan di dunia dan akhirat

Status menyakiti orang lain
BERDOALAH dan mengadu kepada ALLAH SWT tidak kiralah berkaitan urusan duniawi mahupun ukhrawi.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi tentang empat waktu yang paling mustajab berdoa.

Terdapat sebuah hadis yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadis tersebut diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dan Imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada ALLAH SWT, pasti ALLAH SWT akan memperkenankan permintaannya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Menerusi hadis di atas, dapat difahami bahawa ALLAH SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hamba-NYA akan dikabulkan pada waktu tersebut.

Pendapat ulama 

Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya: [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6]

Pertama:
Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

Kedua:
Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.

Ketiga:
Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.

Keempat:
Waktu apabila imam keluar sehingga selesainya solat.

Baca juga: Bersedekah pada hari Jumaat sangat dianjurkan Islam, tetapi jangan bertangguh untuk lakukan amalan mulia itu pada hari lain

Di sana terdapat beberapa lagi pendapat yang lain sebagaimana yang dinyatakan Ibn al-Qayyim di dalam karyanya iaitu sebanyak 11 pendapat.

Pendapat ulama 

Setelah melihat pendapat di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan sedikit perbahasan yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad dalam menentukan waktu yang mustajab ini:

Dalam masalah ini, terdapat dua pendapat yang kuat dan keduanya bersandar pada hadis Nabi SAW.

Pendapat Pertama: Waktu yang dimaksudkan adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesainya solat, berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda apabila beliau ditanya oleh Ibn Umar tentang waktu yang mustajab tersebut:

أَسَمِعْتَ أَبَاكَ يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَأْنِ سَاعَةِ الْجُمُعَةِ شَيْئًا؟ قَالَ: نَعَمْ سَمِعْتُهُ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ”.

Maksudnya: Adakah kamu pernah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan satu waktu (mustajab) pada hari Jumaat?”. “Ya, aku pernah mendengarnya”. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ia adalah di antara duduknya imam sehingga selesainya solat didirikan”. [Riwayat Muslim (853)]

Pendapat ini juga mempunyai beberapa lagi hadis yang menyokong pendapat bahawa waktu mustajab tersebut adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesainya solat.

Baca juga: Mengapa Rasulullah membaca surah al-Sajadah hari Jumaat?

Amalan doa wanita period

Pendapat Kedua: Waktunya adalah selepas asar. Ini adalah pendapat yang lebih kuat berbanding dua pendapat yang kuat ini. Hujah bagi orang yang berpegang dengan pendapat ini adalah berdasarkan riwayat Imam Ahmad:

Daripada Abu Said dan Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim meminta kepada ALLAH SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan ALLAH SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar”. [Riwayat Ahmad, (7688)] [Hadis ini adalah sahih dengan syawahidnya dan sanad hadith ini adalah dhaif menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada ALLAH SWT melainkan ALLAH SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Terdapat beberapa lagi hadis yang menunjukkan bahawa waktu yang mustajab pada hari Jumaat tersebut adalah selepas Asar.

Tambahan pula, diriwayatkan Said bin Jubair daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Waktu yang dimaksudkan pada hari Jumaat adalah antara solat asar sehingga terbenam matahari.

Said bin Jubair apabila beliau menunaikan solat asar, beliau tidak akan bercakap dengan sesiapa sehingga terbenam matahari. Ini adalah pendapat sebahagian besar salaf dan pada pendapat ini mempunyai hadith yang banyak berbanding pendapat-pendapat yang lain. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 377/1]

Baca juga: Anak jadi nakal sebab doa ibu bapa… Berhati-hatilah bila berkata-kata apalagi ketika sedang marah

Doa belum makbul

Pendapat Yang Dipilih

Setelah melihat perbahasan dan dalil-dalil yang dikemukan maka kami cenderung untuk memilih pendapat yang kedua iaitu waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas asar sehinggalah terbenam matahari.

Kesimpulannya, hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berbanding hari-hari yang lain.

Justeru, sebagai seorang Muslim perlu mengambil cakna dan mengambil peluang waktu istimewa ini sebaiknya.

Baca juga: Nak qiamullail tak semestinya kena berjaga tengah malam…

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan